BENDA YANG KENA BAWA SEBELUM TEMPUH BERBELAS JAM PERJALANAN BERAYA DI KAMPUNG.

Sumber imej: hype.my

Setiap tahun apabila menjelang hari perayaan, kita pasti dapat melihat kesesakan jalan raya yang sangat luar biasa. Jika kebiasaannya perjalanan kita untuk pulang ke kampung halaman hanya mengambil masa beberapa jam sahaja, namun lain ceritanya apabila Syawal menjelma. Lihat sahaja perkongsian oleh netizen di media sosial yang mana ada yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya sehingga 23 jam lamanya! Adoi.

Ya, saya sendiri pernah mengalaminya hampir setiap tahun dan di sini saya akan senaraikan benda-benda yang wajib anda sediakan sebelum pulang beraya ke kampung halaman agar perjalanan menjadi lebih selesa dan tenang:

Sumber imej: mstar.com.my
  • Seguni Makanan

Stok makanan dah ada atau belum? Kalau belum sila beli sekarang! Jangan terlalu yakin yang anda boleh berhenti membeli makanan di mana-mana gerai. Ini kerana kebiasaannya makanan selalu habis dan yang membeli juga ibarat zombie yang hilang kesabaran. Kalau anda mempunyai anak kecil, jangan lupa sediakan juga makanan untuk mereka seperti susu, kudapan atau snek. Makanan berat untuk berbuka juga jangan diabaikan. Beli awal baru hati tenang.

Sumber imej: facebook.com
  • Air 1 Tempayan

Antara masalah utama apabila pulang beraya ke kampung  adalah masalah air yang tidak mencukupi. Tidak kira di stesen minyak, R&R mahupun di kedai-kedai di tepi jalan, mereka juga selalu mengalami masalah air. Oleh itu, lebih elok sekiranya kita sediakan sendiri stok air untuk kegunaan kita dan keluarga. Saya sendiri sudah beberapa kali masuk ke tandas dengan membawa air sendiri. Orang lain yang tiada air hanya mampu menelan air liur. Terpaksa la tahan!

Sumber imej: youtube.com
  • Jumper Kereta / Power Bank Kereta

Setiap kali jalan sesak, mesti akan ada kereta yang mempunyai masalah bateri kereta kong! Bayangkan dalam kesesakan luar biasa, tiba-tiba kereta tak boleh hidup. Mesti panik kan? Jadi disarankan untuk anda mempunyai jumper atau lebih mudah jika anda ada powerbank kereta sendiri. Harga pun tak mahal. Boleh dapat bawah RM 250.

Sumber imej: olight.com
  • Lampu Suluh

Apabila berlaku kecemasan pada waktu malam, anda akan memerlukan lampu suluh. Ianya sangat penting dan cahayanya juga jauh lebih hebat daripada lampu dalam telefon bimbit. Tidak perlu lampu suluh yang besar. Cukup sahaja saiz yang kecil atau sederhana asalkan cahayanya terang.

Sumber imej: thepatriots.asia
  • Kit Pertolongan Cemas

Apabila berlaku kecemasan atau kemalangan jalan raya, kit pertolongan cemas ini amat membantu. Ada pelbagai jenis kit pertolongan cemas namun yang pasti ia harus mempunyai kelengkapan asas seperti kapas, pembalut, ubat luka, plaster dan gunting kecil. Selain itu, anda juga perlu membawa ubat-ubatan lain lebih-lebih lagi jika anda membawa anak kecil.

Sumber imej: aito.com.my
  • Pemadam Api

Sekarang, kita dapat lihat pelbagai jenis pemadam api mini yang dijual di pasaran. Saiznya sangat kecil (di bawah 1kg) sahaja dan sangat sesuai untuk disimpan di dalam kenderaan anda. Harga pula cukup murah, ada yang bawah RM 50. Pemadam api ini sangat berguna bukan sahaja jika kereta anda terbakar, tapi boleh juga membantu pengguna jalan raya lain yang terbabit dalam kebakaran.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.