Benda Viral, Lucu dan Seram Yang Berlaku Di Plaza Tol Malaysia

Sumber imej: gengtravel.com

1. PEMANDU BEZZA SIMBAH MILO PADA JURUTOL KESAS

Kes yang tengah viral sekarang, ada seorang lelaki yang menaiki Perodua Bezza berwarna biru telah menyimbah seorang jurutol dengan air milo bungkus ikat tepi. Kejadian yang berlaku di Plaza Tol Lebuhraya Shah Alam (KESAS) itu dipercayai berpunca dari lelaki tersebut tidak puas hati apabila dia tidak dapat membuat urusan tambah nilai di lorong tersebut. Akibat dari kejadian itu, pihak KESAS telah membuat laporan polis dan kini suspek telah berjaya di tahan. Kesian jurutol tu, pagi-pagi dan mandi air milo.

Sumber imej: kosmo.com.my

2. ABANG MOTOR BAYAR TOL

Sumber imej: freemalaysiatoday.com

Kejadian ni menjadi viral sekitar bulan Julai tahun 2019. Kita tahu yang motosikal mempunyai laluan sendiri di plaza tol, yang mana mereka tak perlu bayar tol pun kan? Namun perkara pelik tapi lucu telah berlaku di mana ada seorang penunggang motosikal beratur di tol laluan kereta dan selepas kereta Proton Wira di hadapannya berlalu pergi, dia telah membayar tol tu dengan menggunakan kad Touch N Go. Ini yang orang selalu kata tu, benda boleh bayar, buat apa nak free? Kan?

3. BERGADUH DI PLAZA TOL AKIBAT POTONG “Q”

Sumber imej: sinarharian.com.my

Pada hari kejadian, seorang lelaki yang memandu van jenis Hiace dari Wangsa Maju menuju ke One Utama kena potong “Q” oleh sebuah kereta jenis Mazda CX5. Akibat tak puas hati, kedua-dua lelaki tersebut berhenti berdekatan plaza tol tu sebelum bertengkar dan bertumbuk. Nasib baik, dari video tular yang dipercayai dirakam oleh isteri kepada salah seorang lelaki tersebut, kita boleh nampak yang kedua-duanya tak reti bertumbuk. Kira main hayun je mana dapat. Akhirnya sorang cedera di lutut dan muka, lagi sorang cedera di kepala, tangan dan kaki. Selepas dipenjara sehari dan denda RM 1,000 setiap seorang, dengar cerita kini dua lelaki tu dah berkawan baik. Okay la tu.

 

.

4. KELIBAT BUDAK ‘PELIK’ DI PLAZA TOL SELEPAS KEMALANGAN

Sumber imej: pulsk.com

Andai senarai di atas merupakan kejadian di plaza tol yang lucu dan serius, kejadian yang berlaku pada sekitar tahun 2007/2008 ni pula agak seram. Gambar yang diambil dari sebuah akhbar bahasa Cina ini terjadi di sebuah plaza tol di Malaysia. Kemalangan yang berlaku pada ketika itu telah meragut nyawa seorang lelaki yang juga pemandu kepada bus sekolah terbabit. Namun apa yang peliknya? Cuba korang perhatikan dalam bulatan merah tu? Seakan kelibat budak lelaki berbaju biru kat atas tu kan? Nak kata manusia mustahil, sebab anak siapa yang nak panjat plaza tol selepas kejadian tu? Sekali imbas macam budak lelaki dalam filem genre seram, Ju-On pun ada

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *