Benda Gila Yang Orang Buat Di Parking Lot

Source: damienruinshorrormovies.com

Pernah tengok filem thriller bertajuk P2 (2007) a.k.a Parking Level 2? Cerita suspen dan psiko yang cukup seram, walaupun 90 peratus lokasi penggambaran di parking lot. Tapi kali ni bukan nak berkongsi tentang benda menakutkan je yang berlaku di parking lot. Kata orang, walaupun kawasan kecik, tapi pelbagai cerita menarik sebenarnya yang berlaku di kawasan parking, tanpa kita sedar atau tidak. Mostly benda gila yang orang buat kat sana la. Apa lagi? Zassss…

1. Buat “Projek” Di Parking Lot Sampai Hampir Mati

Source: dailymail.co.uk

Kejadian memalukan ni berlaku di Changsha, Hunan beberapa tahun lepas. Sepasang kekasih, dengan selamba badak parking kereta di sebuah bangunan sebelum melakukan hubungan asmara di dalam kereta. Enjin kereta dibiarkan hidup dan tiba-tiba si lelaki tertekan gear undur. Lagi parah, dengan pedal minyak sekali dia tekan. Tak pasal-pasal kereta mengundur dengan laju, melanggar blok bangunan sampai hancur dan hampir terjatuh dari aras 60 kaki. Orang ramai bergegas datang cuba bagi bantuan. Malu ke tak lantak la. Nasib baik tak mati. Kat Malaysia pun berlambak kes ni. Lagi malu bila kantoi dengan security guard atau kamera CCTV. Lain kali, get a room!

2. Buang Lampin Terpakai Anak Atas Kereta Orang Lain

Source: asiaone.com

Kes yang tular di Singapura beberapa bulan yang lepas ni menunjukkan seorang ayah yang ‘bijak dan bertanggungjawab’ telah membuang lampin terpakai anaknya di sebuah parking lot di Tampines Mall. Memang bagus tak nak kereta sendiri kotor. Masalahnya, dia buang atas kereta orang lain! Tapi padan muka sebab dia tak tau aksi gila dia tu kantoi dengan kamera dashcam kereta mangsa. Apa lagi? Kasi viral la muka si bapak tak senonoh ni. Nak sangat femes kan?

3. Pemandu Honda Ikut Rapat Kereta Depan Elak Bayar Caj Parking

Source: mstar.com.my

Ingat lagi tak Mr Bean pernah buat macam ni? Dia ikut rapat kereta depan supaya dia tak perlu bayar caj parking. Sekali memang wujud spesis macam Mr Bean ni. Kejadian dipercayai berlaku di parking lot Mid Valley. Buat malu je la bagi pemilik kereta Honda ni. Tak payah acah-acah tak bersalah. Video penuh pun dah ada kat Youtube siap nombor plat pun nampak jelas. Nama je naik Honda, tapi bayar parking pun berkira? Dari keadaan kereta dia yang kemek bahagian depan, nampak macam ni bukan kali pertama dia buat perkara kedekut mengalahkan Haji Bakhil ni. Nak jimat? Jalan kaki je bagus orang macam ni.

 

4. Cop Parking & Tampar Orang Di Parking Lot

Source: vitdaily.com

Dah la dia suruh bini cop parking, lepas tu suka hati tampar orang bila orang persoal tindakan gila dia tu. Katanya kes ni berlaku di parking lot Berjaya Times Square bulan lepas. Mengikut dari nombor plat kereta mereka, pasangan samseng tu dari negara jiran iaitu Thailand. Agaknya dia ni keturunan cerita Ong-Bak tu kot. Tapi ni samseng penakut, sebab bila orang panggil security reti plak dia lari. Balik negara asal ke, bang?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.