Beli Toyota dan Lexus Dengan Bank Rakyat. Pembiayaan 100 Peratus dan Patuh Syariah

Sumber imej: carsales.com.au

 

Siapa kat sini berumur antara 18 hingga 65 tahun, dan berminat untuk beli kereta Toyota atau Lexus? Kini adalah masa terbaik untuk anda beli kereta baru sebab UMW Toyota Motor bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk bagi pakej pembiayaan sehingga 100 peratus! Patuh syariah pulak tu.

Pakej ni boleh didapati dalam dua jenis pembiayaan:
An Naqlu 1 : Menawarkan sehingga 90 peratus pembiayaan mengikut konsep Syariah Al Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB)
An Naqlu 2 : Menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus mengikut konsep Tawarruq, selain pelanggan boleh membuat pembiayaan dalam tempoh dari 4 hiingga 9 tahun. Menariknya, untuk pakej ni mana-mana pelanggan berumur 18 hingga 60 tahun boleh beli kereta Toyota atau Lexus dengan bayaran pendahuluan sifar (zero downpayment).

Sumber imej: prebiu.com

Dokumen-dokumen yang diperlukan pun sangat mudah dan ringkas. Anda cuma perlu sediakan:

  • 1 salinan MyKad
  • 1 salinan lesen memandu
  • 1 salinan 3 bulan slip gaji terkini
  • Penyata transaksi akaun
  • Salinan surat pengesahan majikan

Untuk kelayakan pula, anda mestilah:

  • Berumur 18 tahun ke atas dan tak lebih dari umur persaraan semasa tempoh pembiayaan.
  • Terbuka kepada warga kerja sektor awam dan GLC berpendapatan tetap yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Gaji minimum bulanan ialah RM 1,500.
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *