Baru Sejam Beli, Kereta Nissan Skyline GT-R R34 Hancur Dipandu ‘Runner’

Sumber imej: thevocket.com

Pernah tak dengar kes pemilik kereta kempunan gara-gara kereta hancur dipandu orang tengah? Sebelum ni pernah tular tentang kereta Proton X50 dan Mercedes-AMG E43 kan. Terbaru, Nissan Skyline GT-R R34 pula yang terkena ‘badi malang’ yang sama. Aduh! Bukan calar biasa-biasa tau. Tapi sampai hampir terbelah dua kereta tu akibat langar pokok. Kononnya kejadian ni terjadi di Johor.

Kita mungkin boleh kata bertabahlah wahai pemilik kereta. Tapi tahukah anda kereta ni bukan biasa-biasa? Yang penting ianya termasuk dalam kategori ‘high-powered car’. Malah dalam kejadian ni, harga kereta tersebut boleh mencecah RM 165 ribu. Bukan murah tu anak oiii..

Sumber imej: wapcar.my
Sumber imej: thevocket.com

Mengikut cerita, pemandu dalam kemalangan tu adalah orang tengah atau ‘runner’ yang menguruskan proses jual beli kereta tersebut di antara pemilik asal kepada pemilik baru. Namun malangnya orang tengah yang diberi kepercayaan untuk jadi wakil pemilik baru telah pun menyebabkan kereta itu hancur. Mungkin sekarang pemilik baru itu rasa menyesal tak guna khidmat towing sahaja untuk hantar keretanya. Kan?

Sumber imej: wapcar.my

Kesimpulannya, memandulah dengan cara berhemah. Andai tidak biasa bawa kereta ‘power’, jangan berani mencuba lebih-lebih lagi kalau kereta orang. Senang cerita, tipu la kalau lepas kemalangan kata kau bawa perlahan. Sebab kalau perlahan, takkan sampai terbelah dua kereta tu? Nak ‘test’ kereta boleh, tapi ‘test’ kereta sendiri sahaja. Okey?

P/S: Semoga kejadian ni menjadi ikhtibar kepada semua.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *