Balik Raya Dengan Rakit Untuk Elak Sekatan Jalanraya

Sumber imej: ohbulan.com

Raya, oh Raya. Demi nak sambut Hari Raya bersama keluarga tersayang, kita akan sanggup buat apa sahaja. Jika jalanraya penuh sekatan polis, apa kata pilih laluan air. Naik rakit pun boleh asalkan sampai ke destinasi yang ditujui, iaitu kampung halaman yang tercinta.

Sumber imej: thenews.com.my

Tapi tunggu dulu. Kejadian ni berlaku di Malaysia ke? Sudah tentu tidak. Ianya berlaku di negara jiran iaitu di laluan Sungai Citanduy, Jawa Barat, Indonesia. Menurut Maman Suparman, iaitu ketua kampung Desa Sidaharja, pihaknya tak membenarkan sesiapa pun menggunakan laluan sungai untuk pulang berhari raya, namun laluan itu hanya sebagai laluan alternatif penduduk kampung daripada melintas Jambatan Maanganti yang disekat pihak polis. Betul ke?

Kalau orang tak guna laluan tu untuk balik kampung, habis tu kenapa laluan sungai sekarang dilaporkan semakin sibuk kerana pertambahan bilangan penduduk yang nak naik rakit di sana? Siap angkut kereta lagi. Tapi kira hebat juga rakit mereka sebab boleh tampung berat kereta.

Sumber imej:: ohbulan.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *