Bahaya Coronavirus: Peratus Jangkitan Tinggi Melalui Pengangkutan Awam
Wabak Coronavirus telah mewujudkan pelbagai ‘norma baharu’ dalam masyarakat dunia. Sebelum ni agak mustahil untuk tengok pengangkutan awam khususnya MRT/LRT kosong. Dulu agak normal untuk berhimpit, berdiri sampai kaki kejang, kaki digilis beg pelancong dan kadang terpaksa cium ketiak orang kan? Apa nak buat, redah je demi ke tempat kerja walaupun kekadang dah macam dalam filem Train to Busan. Sigh…
Sekarang, kita dah tak lalui zaman berhimpit. Kita hanya akan lalui zaman di mana hanya beberapa orang sahaja dibenarkan menggunakan pengangkutan awam pada satu masa. Okay, jarak dah jaga. Bagaimana dengan mask? Memang wajib pakai sebab kalau tak pakai, kita tak dibenarkan naik. Suhu badan pula? Wajib check jugak. Mana yang suhu lebih 37.5 darjah celsius diarah balik. Namun, ada sesuatu yang pihak doktor risau sekarang. Iaitu bagaimana jika sorang manusia asymptomatic atau tiada gejala tetapi positif Covid-19, guna pengangkutan awam? Spesis ni kita gelar ‘silent spreaders’ atau ‘penyebar senyap’. Tanpa sedar orang tu positif Covid-19 tapi dia tiada batuk, demam atau selesema dan dia juga kongsi guna pengangkutan awam yang sama dengan kita. Jadi apa perlu kita buat?
1. JAGA JARAK
Anda lambat macam mana pun, jangan cuba berhimpit. Kalau anda jenis tak kisah atau tawakal tanpa usaha, anda kena ingat anda berkongsi dengan berjuta pengguna. Jangan nak selfish sangat boleh? Sebelum masuk tu pastikan orang di dalam dah keluar. Jarak minimum dengan orang tu kena 1 meter atau lebih.
2. PAKAI MASK DENGAN BETUL
Yang ni pun ramai lagi FAIL! Mask kena yang ada 3 layer. Kalau mask buatan founder sampah, jangan beli. Harga nak mahal tapi fungsi kelaut. Lagi satu, tahu ke mask tu kena pakai yang bahagian berwarna atau yang bahagian putih kat luar? Mengikut pakar dari Hong Kong University, cara betul ialah yang bahagian putih tu di DALAM, dan bahagian berwarna tu di LUAR. Kenapa? Sebab bahagian putih ialah absorbent dan bahagian berwarna pula waterproof. Tak paham lagi? Tengok video bawah ni:
3. KURANGKAN BERSANDAR ATAU MEMEGANG
Mustahil la tak pegang tiang atau tempat pemegang kalau dalam bus atau LRT. Nanti kang tak pasal-pasal tersondol ke depan. Lain la kalau pakai gam gajah di kaki. Disebabkan beribu orang akan pegang benda yang sama, maka anda pun kena selalu pakai hand sanitizer tu. Tangan pulak jangan nak gatal pergi gosok mata, hidung, muka bagai.
4. JANGAN MAKAN ATAU MINUM
Undang-undang dah kata jangan makan dan minum dalam bus, LRT dan MRT. Tapi korang melantak jugak. Kalau anda tak kisah buat kotor dan tumpahkan sisa makanan, anda kena ingat perbuatan anda tu sangat bahaya di musim Covid-19 ni. Masa makan entah tangan bersih ke tidak, dan masa makan sudah tentu tak pakai mask kan? Lagi satu, dah makan pun tak dibenarkan, jangan pulak korang siap nak masak dalam pengangkutan awam macam akak kat bawah ni. Ni level legend, potong bawang dalam train. Siap ada chopping board. Nasib ni bukan kat Malaysia je.