AWAS PENCURI KERETA SEDANG RANCAK CURI TRAK PIKAP & SUV.

Pengguna 4×4 & SUV sila ambil perhatian!

Sumber imej: tuningblog.eu

Adakah anda pemilik kenderaan jenis trak pikap dan SUV? Maka anda perlu pastikan anda lebih berhati-hati kerana sindiket pencuri kereta kini sedang rancak untuk mencuri kenderaan jenis trak pikap atau Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) disebabkan oleh permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap.

Jika sebelum ini kenderaan lama seperti Proton Waja, Proton Wira, Proton Iswara, Perodua Kancil atau Perodua Myvi adalah antara kereta yang paling kerap dicuri di Malaysia, namun nampaknya trend kini sudah berubah. Ini kerena pencuri kereta dilihat lebih suka mencuri trak pikap atau SUV untuk diseludup ke luar negara yang mana hasil yang mereka akan dapat untuk sebuah kenderaan curi adalah sangat lumayan, iaitu sekitar RM 20,000 hingga RM 30,000.

Sumber imej: hotalinginsurance.com

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan pihak polis mendapati kebanyakan pencuri akan mengikuti kenderaan mangsa yang disasarkan dalam tempoh 24 jam hingga 72 jam sebelum dicuri. Kebiasaanya juga, pencuri kenderaan turut akan memilih kenderaan yang ‘lebih senang’ dicuri seperti kenderaan yang diparkir di tempat awam, di hadapan rumah yang tidak berpagar, di tepi jalan atau di mana-mana tempat terbuka.

Menurut statistik kes kecurian kenderaan, tahun 2021 mencatatkan 13,426 kes, diikuti 14,433 kes kecurian pada tahun 2022, 14,592 kes pada tahun 2023 dan seterusnya 10,849 kes pada tahun 2024 (sehingga bulan September). Oleh itu, pihak polis berharap agar kesemuanya pemilik kenderaan di seluruh negara perlu mempertingkatkan sistem dan ciri keselamatan kenderaan masing-masing selain perlu bersikap lebih peka dengan keadaan sekeliling. Kita juga dinasihatkan untuk selalu memastikan agar kenderaan kita telah dikunci, diparkir di kawasan yang tidak gelap atau tersorok selain memasang alat keselamatan lain pada kenderaan anda seperti kunci stereng.

Sumber imej: productnation.co

Jika anda rasa kenderaan yang diparkir dalam kawasan rumah sudah selamat maka anda silap! Ini kerana terdapat banyak juga kes yang mana pencuri seolah-olah terlalu berani atau ‘tenang’ mencuri walaupun kejadian itu telah disedari oleh pemilik kenderaan. Oleh itu, kita semua haruslah lebih berhati-hati. Ini kerana terlalu banyak geng Dom Toretto di luar sana!

sumber imej : pluggedin.com

Ini juga antara kereta favourite pencuri.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.