AWAS! Pakcik Scammer Kereta Rosak Kini Di Ampang

Sumber imej: mstar.com.my

Beberapa hari lepas, tular tentang seorang lelaki lanjut usia warga asing yang menipu orang awam dengan meraih simpati di tepi jalan. Pakcik yang kononnya sudah lanjut usia dengan status OKU itu selalunya akan parkir kereta di tepi jalan utama dengan alasan kereta rosak dan akan meminta wang daripada sesiapa sahaja yang cuba untuk membantunya.

Mungkin sebab taktik kotornya sudah terbongkar dan viral di kumpulan Facebook, The Republic of Bangsar, kini dia dilihat berada di kawasan Ampang pula. Terbaru, dia dilihat berada di sekitar Jalan Ampang pula! Taktiknya cukup mudah. Cuma perlu parkir di tepi jalan, buka bonet kenderaan (Proton Wira berwarna hijau gelap), letakkan botol air plastic atas kereta dan tunggu mangsa.

Pada sesiapa yang belum tahu berkenaan pakcik ni, sudah tentu mereka akan cepat rasa kasihan. Namun jangan terpedaya! Dia sebenarnya seorang scammer yang menipu dengan cara meminta simpati rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap murah hati. Sekiranya anda terlihat pakcik ni di mana-mana, sila bagi amaran dan sebarkan kepada rakan-rakan atau saudara-mara terdekat supaya tidak menjadi mangsa penipuannya.

Ada beberapa ciapan di Twitter yang viral tentang pakcik ni:

Sumber imej: mstar.com.my

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.