Awas! Ada Sebab Kenapa Kereta Anda Dipanggil Balik

Pernah dengar kes pengeluar kereta panggil balik beberapa jenis kereta disebabkan kerosakan pada sistem kereta? Ford pernah panggil balik 7 juta kereta kerana kerosakan pada pencucuh yang menyebabkan kebakaran di ruang stereng dan Toyota pernah memanggil balik 4 juta kereta akibat kegagalan sistem pecutan.

Jadi, cara terbaik adalah sebagai pemandu, anda harus peka pada sebarang notis panggil balik daripada syarikat pengeluaran kereta anda untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti yang tersenarai di bawah.

1. Pelakon Star Trek. Anton Yelchin, 27. Meninggal Akibat Kegagalan Brek Jeep Grand Cherokee.

Source: dailymail.co.uk

Kematian pelakon Star Trek, Anton Yelchin, pada usia 27 tahun telah mengejutkan dunia apabila dia didapati mati akibat tersepit antara SUV Jeep Grand Cherokee dan pagar rumah beliau pada hari kejadian. Terdahulu, pihak pengeluar SUV berkenaan pernah memanggil balik jenis SUV tersebut akibat kegagalan pada ‘gear shifters’ yang boleh menyebabkan SUV tersebut bergerak tanpa diduga. Pelakon tersebut juga merupakan kematian pertama yang dilaporkan akibat kerosakan gear Jeep Grand Cherokee.

2. Keluarga Saylor Maut. Sempat Membuat Panggilan 911 Kerana Kegagalan Brek Toyota Lexus ES350

Source: jessiepowell.blogspot.com

Pada tahun 2009, 4 ahli keluarga Saylor maut akibat terbabas ke dalam gaung curam di San Diego Highway. Sebelum kejadian, mangsa telah membuat panggilan telefon kepada pihak 911 untuk melaporkan kereta sewa Toyota Lexus E350 yang dinaiki mereka telah mengalami masalah kegagalan pedal minyak dan brek pada kelajuan 120 mph. Kes kemalangan ini telah menyebabkan pihak Toyota terpaksa memanggil balik 5 juta kereta jenis tersebut serta menanggung kes saman lebih 16 juta USD. Pada tahun 2010, pihak Toyota dilaporkan telah membayar wang berjumlah 10 juta USD kepada pihak keluarga Saylor.

 

3. Tangki Minyak Ford Pinto Meletup. Grimshaw Menang Saman 127 Juta USD.

Source: fordpinto.blogspot.com

Pada tahun 1972, seorang wanita bernama Lily Gray telah maut apabila tangki minyak Ford Pinto miliknya telah meletup. Penumpang lain iaitu Richard Grimshaw, 13, telah melecur hampir seluruh badan akibat kecelakaan tersebut. Kes tersebut telah membongkar bahawa pihak Ford, telahpun terlebih dahulu mengetahui tentang kegagalan tangki minyak kereta buatan mereka, namun telah memilih untuk tidak memanggil balik kereta jenis tersebut. Akibat kejadian itu, pihak Ford terpaksa membayar saman sebanyak 127 juta USD kepada Grimshaw.

4. Inflator Beg Udara Takata Meletup. Pemandu Honda City Maut Ditempat Kejadian.

Source: pandulaju.com

Kes yang berlaku di Malaysia pada tahun 2018 adalah disebabkan inflator beg udara Takata bahagian pemandu tahap satu (SDI) meletup dan menyebabkan pemandu Honda City (2004) maut di tempat kejadian. Pihak Honda Malaysia telah membuat kenyataan bahawa kereta tersebut telah tersenarai dalam kempen panggil balik dan surat makluman juga sudah dihantar kepada mangsa. Malangnya tiada penukaran telah dilakukan mangsa dan kereta itu juga telah dilaporkan tidak melakukan servis di pusat jualan Honda sah. Susulan insiden ini, pihak Honda telah menggesa pemilik kereta Honda untuk bersikap lebih peka terhadap kempen panggil balik yang dianjurkan oleh pihak Honda.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *