Audi Dituduh Tidak Sensitif: Tarik Balik Iklan Budak Perempuan Kecil Makan Pisang Di Depan Kereta Yang Dianggap Lucah


Gara-gara sekeping gambar iklan yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan makan pisang di hadapan kereta, Audi telah memohon maaf kerana dituduh tidak sensitif. Mengikut jurucakap Audi, iklan itu pada mulanya digunakan untuk promosi kereta keluaran terbaru mereka iaitu Audi RS4 dengan kapsyen: “Lets your heart beat faster – in every aspect”. Namun selepas mendapat kritikan meluas dari netizen di media sosial, Audi berjanji untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan iklan pada masa akan datang.


Kalau kita perhatikan, tak ada apa yang pelik pada gambar iklan di atas. Jadi tang mana yang jadi isu besar tu? Berikut merupakan beberapa komen dari netizen di sosial media: “Posisi kanak-kanak itu berada di hadapan kereta. Sangat bahaya”. Ada juga komen posisi tersebut menunjukkan betapa senangnya kanak-kanak itu boleh dibunuh dengan kereta Audi, sebab posisi itu tidak dapat dilihat oleh pemandu kereta.

Namun komen yang paling banyak diterima ialah iklan tersebut diklasifikasikan sebagai ‘sexually suggestive’ atau lucah hanya kerana budak perempuan tu makan pisang. Ha? Sampai macam tu sekali. Bila keluar isu dituduh lucah maka ada juga kata tak sesuai guna gambar kanak-kanak makan pisang dan kaitkan dengan isu pedophilia pulak. Aduh! Mungkin kalau budak tu makan buah apple, tak jadi isu sangat kot.

Bagi pihak Audi, mereka tak fikir sampai macam tu sekali. Apa yang mereka cuba tunjukkan ialah imej kesemua ahli keluarga tak kira tua, muda, semuanya selesa dan selamat dengan kereta Audi. Tapi kalau dah semua netizen banyak hentam dari memuji, lebih baik mereka tarik balik je iklan tu. Kang tak pasal-pasal keluar movement #SayNoToAudi pulak. Apa pun nasib baik netizen mereka belum lagi tahap Bawangrangers Malaysia. Nanti tak pasal-pasal dapat komen “Mak Kau Hijau!”.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *