Audi Bakal Jadi Pengeluar Kereta Pertama Menawarkan Virtual Reality (VR) Dalam Kereta
Menurut Audi, ciri VR dalam kereta membantu mengurangkan mabuk atau motion sickness yang dialami penumpang belakang.
Zaman sekarang, kebanyakan syarikat pengeluar kenderaan berpusu-pusu untuk membina kenderaan yang lebih canggih, rekaan yang lebih futuristic serta bahagian dalaman yang lebih mewah, selesa dan lain daripada pesaing mereka. Terbaru, Audi telah membuktikan mereka mampu berada beberapa langkah di hadapan pesaing mereka dengan menjadi pengeluar kereta pertama di dunia yang membawa hiburan reality maya (VR) ke dalam kenderaan keluaran mereka.
Justeru itu, Audi bakal melengkapkan kenderaan mereka dengan holoride, iaitu teknologi hiburan reality maya (VR) yang mana holoride bakal dimasukkan ke dalam model kereta terpilih mereka. Antaranya ialah Audi A4, A5, A6, A7, A8, Audi Q5, Q7, Q8, Audi e-tron dan Audi e-tron GT Quattro.
Menurut Audi lagi, holoride turut menawarkan beberapa faedah lain selain hiburan. Antaranya teknologi itu mampu mengurangkan mabuk (motion sickness) yang menjadi penyebab seseorang itu kurang berminat dengan perjalanan jauh. Kiranya, jika menggunakan teknologi holoride ini, setiap penumpang bakal berada di alam sendiri.
Untunglah kan kalau mabuk kereta dapat holoride. Kita kalau mabuk kereta paling tak pun makan asam jeruk je sampai habis satu balang.