Aston Martin Bina Hyperbike. Sangat Mengujakan.

Image source: thedrive.com

Aston Martin bekerjasama dengan Brough Superior, jenama motosikal klasik untuk membina sebuah motosikal track-only (hanya untuk di litar) hyperbike. Hyperbike ini dinamakan sebagai AMB 001, cetusan idea dari CEO Aston Martin, Andy Palmer. AMB 001 ini dikategorikan sebagai Edisi Terhad. Motor ini hanya akan dikeluarkan dengan kuantiti yang sedikit, iaitu 100 unit, dengan harga £95,000 (RM500,000).

Rekabentuk yang dinamik dan aerodinamik membuatkan motor ini kelihatan futuristik. Double-wishbone untuk forks hadapan yang elegen, cat carbonfibre dan juga trademark warna Aston Martin, Stirling Green.

 

Spesifikasi hyperbike tidak jauh beza dengan superbike yang lain: ia dikuasakan dengan 997cc V-twin turbocharged (180bhp) dan tetapi secara teori pada 180kg mampu berikan 1000bhp per tan.

Aston Martin telah memberitahu bahawa pelanggan akan dapat AMB 001 pada hujung tahun 2020.

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *