Asal PKP Je Orang Bawa Kenderaan Macam Pelesit. Betul Ke?

Sumber imej: hmetro.com.my

Mengikut laporan daripada akhbar, terdapat lebih 300 sekatan jalan raya (SJR) dilakukan di enam negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Negara juga memaklumkan bahawa jumlah sekatan mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa, selain ia membabitkan lebih 48,000 anggota.

Pada mulanya, kita mengagak bahawa sejak PKP dilaksanakan di Selangor dan Kuala Lumpur, maka jumlah kereta yang berada di jalanraya akan berkurangan. Namun, daripada pemerhatian secara kasar, jumlah kenderaan cuma agak berkurangan sedikit berbanding sebelum PKP. Cuma sedikit, okey?


Namun, tahukah anda walaupun jumlah kenderaan di jalanraya cuma berkurangan sedikit berbanding sebelum PKP, ramai antara pengguna jalanraya ni yang memandu seakan mereka tengah ‘race’. Adakah mereka nak melepaskan gian nak pandu laju? Mungkin. Secara jujurnya, boleh nampak yang masing-masing bawa kenderaan macam pelesit. Yang bawa lori pun sama. Dah la besar, siap duduk kat laluan paling kanan pulak tu.

Sumber imej: m.youtube.com

Diharap agar semua pengguna jalanraya ni jangan la memandu macam orang hilang arah. Bawa dengan perlahan. Ingatlah bahawa kerajaan lancarkan PKP untuk mengurangkan jangkitan akibat Covid-19 dan juga jumlah kematian di kalangan rakyat. Jangan pula akibat jalan clear masa PKP, kita bawa kenderaan laju macam tak ingat dunia. Nanti tak pasal-pasal jumlah kemalangan pula yang meningkat.

P/S: Biar lambat asal selamat. Kalau nak cepat sampai, sila bertolak lebih awal, bukannya dengan memecut seperti Lewis Hamilton.

Sumber imej: gulfnews.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *