Arnold Schwarzenegger Tampal Jalan. Jadi Lando Zawawi Amerika.
1Ingat di Malaysia sahaja yang ada isu jalan berlubang dan lambat dapat perhatian pihak berwajib sampaikan Lando Zawawi turun padang tolong tampalkan jalan. Rupanya di Los Angeles, Amerika Syarikat pun sama. Lagi menarik, pelakon A-List Hollywood yang juga bekas hero filem Terminator dan bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger, juga mengambil inisiatif yang sama, iaitu menampal sendiri jalan berlubang yang mengganggu penduduk kawasan kejiranannya.
Walaupun sudah berusia 75 tahun, namun beliau tetap menggunakan kudratnya untuk menutup lubang besar itu yang tidak dibaiki walaupun sudah berminggu-minggu penduduk sekitar membuat aduan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Schwarzenegger menerusi akaun Twitter miliknya, kelihatan beliau bersama dua lelaki sedang menggunakan konkrit berbungkus untuk membaiki jalan di Brentwood. Menurut beliau lagi, seluruh kejiranan sebenarnya kesal dengan jalan berlubang itu yang turut menjadi punca kerosakan kepada kenderaan yang menggunakan jalan raya tersebut, termasuk kereta dan juga basikal. Kena pula beliau memang jenis yang suka berbasikal. Sebab itu beliau naik angin kot.

Bayangkan, beliau yang juga seorang warga emas sedang menampal jalan sambil memakai kasut but dan jaket kulit. Nak tampal jalan pun pakai macam nak ke karpet merah bersama selebriti Hollywood yang lain. Ingatkan tengah buat rakaman filem terbaharu ke apa. Rupanya tidak.
Memang otai habis. Ini baru betul Terminator. Astalavista, baby!
P/S: Pandai dia gunakan penyodok. Ingat reti pakai senapang je.
