Apabila Seluruh Dunia Beralih Kepada Bahan Bakar E10, Maka Mereka Semakin Memerlukan Rawatan Petrol X-1R
Artikel ini turut boleh didapati dalam Bahasa Inggeris.
United Kingdom, juga negara-negara lain di seluruh dunia, telah mengumumkan bahawa mereka bakal meningkatkan kandungan bahan bakar bio-etanol daripada B5 kepada B10 yang kononnya lebih mesra alam (eco-friendly).
Umum sedia maklum bahawa E10 adalah satu istilah yang digunakan untuk bahan bakar yang mengandungi 10 peratus kandungan bio-etanol (sejenis alkohol yang dihasilkan daripada tanaman seperti tebu dan gandum, juga dikenali sebagai E10). Maka tidak hairanlah negara seperti Brazil sudah mula menggunakan bahan bakar B10 kerana negara itu sangat produkftif dalam menghasilkan bio-etanol, berbanding dengan sesetengah negara di Eropah yang masih menggunakan bio-etanol yang dicampur dengan 90 peratus bahan bakar hidrokarbon (iaitu petroleum).
Sebenarnya, langkah untuk menukar daripada B5 kepada B10 dilihat sebagai satu peluang cerah untuk mengurangkan jumlah bahan bakar yang terhasil daripada fosil. Malah langkah ini juga mampu mengurangkan jumlah karbon yang terhasil daripada kereta-kereta di UK sebanyak 750,000 tan setahun atau bersamaan dengan mengurangkan penggunaan jalanraya sebanyak 350,000 buah kereta setahun.
Kedengaran seperti sesuatu yang hebat bukan? Namun bagaimana pula dengan nasib kereta lama yang dibina sebelum tahun 2011? Mereka semua cuma pakai B5. Selain itu, kajian juga melaporkan beberapa kesan negatif daripada penggunaan E10, termasuk kerosakan pada bahagian getah dan plastik di dalam enjin.
Tetapi jangan risau, sebab inilah situasi terbaik untuk anda menggunakan Rawatan Petrol X-1R 5-dalam-1 yang baru sahaja dilancarkan. Bukan setakat membantu menstabilkan penggunaan bahan bakar, malah Rawatan Petrol X-1R 5-dalam-1 ini juga mampu meningkatkan oktana dan penjimatan untuk para penggunanya.
Ya, memang masih ada perdebatan tentang betapa selamatnya menggunakan bahan bakar B10 yang ‘eco-friendly’ ni. Ini termasuk juga aktiviti membersihkan hutan semata-mata untuk menanam dan menghasilkan produk bahan bakar bersih atau ‘neutral’. Sebab kita kena juga fikir, kalau demi mendapatkan minyak ini kita harus menebang pokok semulajadi, maka kesan jangkamasa panjangnya memang akan teruk. Mungkin ini hanya satu alternatif selain daripada EV untuk menjaga masa depan bumi kita. Di Brazil, sudahpun ada kereta yang boleh menggunakan kedua-dua bahan bakar hidrokarbon dan ethanol. Mungkin kita perlu mempertimbangkan alternatif ini sebelum kita bergantung sepenuhnya pada EV.