Apa Nak Buat Kalau Lesen Memandu Dan Cukai Jalan Tamat Tempoh Semasa PKP?

Source: roadtax-insurance-online.business.site

Lesen anda dah tamat tempoh? Roadtax pun sama? Jangan risau sebab kerajaan dah umum pengecualian untuk renew lesen memandu dan roadtax sepanjang tempoh PKP. Namun walaupun sekarang anda dikecualikan, anda semua dinasihatkan untuk bawa salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans. Perkara tu telah dijelaskan oleh Menteri Pengangkutan kita, Dr Wee Ka Siong.

Source: bharian.com.my

Jelas beliau lagi, kita boleh memandu kenderaan masing-masing walaupun roadtax atau lesen memandu kita sudah tamat tempoh. Tetapi kita wajib renew dokumen tersebut dalam tempoh 30 hari selepas kerajaan mengumumkan PKP telah berakhir.

Source: rimbabara.my

Okay, Perdana Menteri kita dah umum hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bermula 4 Mei 2020. Jadi dah boleh mula renew lesen dan roadtax kat kaunter JPJ atau pejabat pos ke? Sabar yea. Sebab mengikut kenyataan yang dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Malaysia (JPJ), urus niaga kaunter JPJ sekarang hanya dibuka kepada urusan kenderaan perdagangan.

Bagi kenderaan persendirian, teksi atau e-hailing pula anda masih diberi pengecualian. Jadi jangan habiskan masa pergi JPJ atau pejabat pos semata-mata nak renew dokumen yea. Pejabat pos kata selagi JPJ tak buka sistem, mereka tak boleh buat apa-apa lagi. Pihak JPJ pun dah cakap mereka akan update sebarang perubahan penting. Untuk lebih mudah, anda boleh refer pada infografik di bawah:

Source: facebook.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *