Apa Nak Buat Kalau Jiran Suka Parking Kereta Depan Rumah Kita?

Source: thesun.co.uk

Maksud sebenar kemampuan memiliki kereta boleh terbahagi kepada 3. Yang pertama, mampu bayar. Kedua, mampu tanggung kos maintenance. Ketiga dan ramai abai adalah mampu untuk parking di tempat betul. Contohnya berapa ramai antara kita punya masalah hidup di area perumahan teres dengan parking space yang agak limited. Jiran depan pulak mampu beli kereta banyak, tapi tak mampu bab parking. Penyelesaiannya, parking depan rumah kita. Ewah kau… Kalau kaya sangat beli rumah corner lot la, tukar jadi garaj bertingkat.

SALAH KE JIRAN PARKING DEPAN RUMAH KITA?

Memang salah! Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, sekiranya seseorang mengganggu lalulintas atau menyusahkan pengguna jalan raya yang lain boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 1 tahun atau denda sebanyak RM 1000.

Source: mentalfloss.com

APA NAK BUAT?

Mula-mula ambik gambar atau video sebagai bukti. Pastikan nampak dengan jelas no plat kereta. Lagi bagus kalau ada video yang menunjukkan tu memang kereta jiran yang tak tahu malu. Kedua, anda boleh call atau report masalah yang anda hadapi kepada pihak berkuasa tempatan. Contohnya macam MBPJ, MPAJ tu. Biasanya pihak mereka akan bagi saman je untuk permulaan. Paling tak pun clamp tayar.

KALAU JIRAN MASIH DEGIL?

Source: momjunction.com

Masih degil? Pulas telinga! Sekiranya jiran masih berkeras, pihak berkuasa tempatan akan menyarankan anda untuk membuat report polis mengikut Seksyen 48 (RTA 1987). Apa yang pihak polis akan buat ialah ‘melawat’ jiran anda kerana telah membuat kesalahan parking sesuka hati. Mungkin anda cakap habis la silaturahim sesama jiran tetangga kalau dah melibatkan polis. Kan? Namun, anda juga punya hak. Kalau dah tahap degil atau orang panggil jenis tak faham bahasa ni memang susah.

BOLEH KE KITA BUAT TINDAKAN SENDIRI?

Source: dailymail.co.uk

Anda mesti pernah rasa nak buat macam gambar di atas kan? Mat saleh kata ‘sweet revenge’ gitu. Kalau di negara luar, keadaan ni memang agak normal di mana mereka buat hukuman mereka sendiri. Namun syukur di Malaysia, kita masih ada tatasusila. Anda cuma perlu rilex, chill dan report polis. Habis cerita. Jiran nak ajak bergaduh ke tu belakang punya cerita. Kalau rasa tak selamat pasang CCTV kat area rumah tu. Bukan apa, banyak kes orang yang nampak normal tapi ada masalah mental sekarang ni.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *