Antara Punca Kenapa Perodua Myvi Digelar ‘King’ Di Malaysia

Sumber: selongkar10.blogspot.com

Perodua Myvi sememangnya menjadi kereta paling laku keras di Malaysia sejak dari awal kemunculannya pada tahun 2005 lagi. Kereta jenis “hatchback” atau juga jenis subpadat buatan Malaysia ini sebenarnya berasaskan Daihatsu Sirion/Boon dan Toyota Passo.

Sebenarnya, ada banyak jenis kereta di Malaysia ni yang terlibat dalam insiden yang bila dilihat sebagai pelik tapi benar. Cuma, disebabkan Perodua Myvi ni paling laris di pasaran Malaysia, maka ramai pihak yang menjadikan kereta ni sebagai ‘king’ atau kereta serba boleh oleh masyarakat Malaysia. Betul ke? Apa kelebihan kereta ni?

1. Seludup Lebih 1,000 kg Ayam – Pun Boleh.

Sumber: motoqar.com

Pada hujung tahun lepas, sebuah kereta Perodua Myvi telah ditahan oleh pihak berkuasa apabila cuba menyeludup lebih 1,000kg ayam sejuk beku! Dalam kejadian jam 5 pagi tu, pihak peronda nampak beberapa lelaki sedang memunggah kotak dari sebuah perahu yang menyeberangi Sungai Golok ke dalam dua buah Perodua Myvi di pangkalan haram Jitong. Mungkin mereka pilih Myvi sebab nampak paling ‘kurang menonjol’?

2. Turun Tangga – Pun Boleh

Sumber: photocollage.com

Sekitar tahun 2017, ada beberapa kes melibatkan Perodua Myvi yang turun tangga dilaporkan dalam satu masa. Jadi, ada ramai pihak yang membuat ‘troll’ dengan mengatakan situasi itu adalah disebabkan oleh musim Myvi turun tangga. Ada musim tertentu juga rupanya?

3. Punggah Barang Besar – Pun Boleh

Sumber: selongkar10.blogspot.com

Anda rasa nak sewa lori kecil atau trak pikap untuk punggah barang besar atau perabot rumah? Tapi kalau anda ada Myvi, jangan susah-susah fikir. Buka sahaja bonet seluas mungkin. Walaupun but Myvi mempunyai kapasiti 277 liter, tapi ia boleh mencecah sehingga 832 liter kalau baringkan tempat duduk belakang tu. Setakat motosikal, sofa tu tiada masalah la.

4. Kereta Sports Berkonvoi, Tapi Myvi Yang Dapat Perhatian

Sumber: himpunanceritalawak.com

Masihkah anda ingat kisah ada beberapa kereta sport berkonvoi di tengah lebuhraya termasuk Toyota Supra, Nissan GTR dan Ford Mustang? Kononnya mereka semua pandu perlahan untuk shooting video. Tapi silap besar la kalau semua empat lane lebuhraya disapu semata nak shooting. Abang Myvi putih apa lagi. Menyirap la. Lalu dengan selambanya dia potong semua kereta sports tu dengan laluan paling kiri. Tak tahu ke Perodua Myvi ni supercar Malaysia okey? Biar bawa Myvi dari berlagak bawa kereta mewah dengan perlahan di lebuhraya. Ingat orang lain tak bayar cukai ke?

5. Sumbat 5 Ekor Kambing – Pun Boleh

Sumber: hmetro.com.my

Pada tahun 2016, terdapat tujuh lelaki yang ditangkap selepas mereka mencuri lima ekor kambing milik seorang penduduk kampung di Batu Gajah, Perak. Pihak polis kata mereka menerima maklumat mengatakan ada seorang lelaki ditangkap oleh pemilik kambing selepas sedar tentang kegiatan yang cuba untuk mencuri kambingnya. Bayangkan Perodua Myvi, disumbat dengan lima ekor kambing dewasa. Gigih sungguh penjenayah tu semua sumbat kambing dalam kereta. Kan?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *