Angkara Khianat: 80 Kereta Mewah Terbakar Termasuk Sebuah Kereta Misteri Bernilai RM16.4 Juta

Sumber imej: cheshire-live.co.uk

Dibakar secara sengaja. Itu merupakan hasil siasatan awal pihak bomba dan pihak polis tentang satu kebakaran besar yang memusnahkan 80 kereta mewah, termasuk sebuah kereta mewah misteri yang dianggarkan bernilai £3 juta (RM 16.4 juta). Kejadian yang berlaku di Over Peover, Cheshire, England itu dikatakan antara yang terburuk dalam sejarah, apabila banyak koleksi kereta mewah dan eksotik seperti Ferrari dan Porsche rentung dalam kejadian itu.

Sumber imej: autoevolution.com

Bangunan besar yang diubah menjadi gudang atau garaj tempat meletak kereta mewah itu dikatakan terbakar pada jam 10 malam, sebelum akhirnya berjaya dipadamkan. Namun sayangnya, kesemua kereta yang berada di dalamnya rentung dan tiada satu pun yang berjaya dikeluarkan.

Kini, pihak berkuasa sedang menyiasat siapakah di sebalik kebakaran itu. Ini kerana ianya mungkin berpunca daripada perbuatan khianat. Ini kerana, jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung juga sangat tinggi yang mana kereta eksotik tersebut kebiasaannya hanya dibeli atau diminati oleh golongan-golongan VVIP.

Sumber imej: thesun.co.uk

Walaupun kesemua kereta mewah ni boleh membuat tuntutan insurans kebakaran, tapi agak sayang juga sebab kereta eksotik semacam ni bukan mudah untuk didapati. Malah, mungkin pihak pengilang pun dah tak mengeluarkan kereta seumpamanya. Ni kes orang dengki kot. Ke ada pihak yang sengaja bakar sebab nak buat tuntutan insurans?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *