
Beberapa hari lepas, tular satu perkongsian di laman web UTAR Confessions tentang seorang anak kecewa teruk selepas bapanya yang berjanji akan belikan Honda Civic sebaliknya hanya memberikannya sebuah Perodua Myvi. Ramai netizen bagi komen, samada isu kali ni agak mencuit hati atau boleh mendatangkan rasa sakit hati. Mana tidaknya, rata-rata mengatakan bahawa anak itu seorang yang tidak reti bersyukur.
Malah, akibat kecewa sampai tahap menangis di bucu katil lebih dari seminggu, anak itu tadi juga mempersoalkan tentang tindakan bapanya. Katanya, kenapa ayahnya mampu beli Myvi dengan tunai tapi tidak beli Honda Civic? Dia turut mempersoalkan mustahil bapanya tidak mampu sedangkan dia sendiri memandu Volvo yang harganya lebih daripada RM300,000?
Budak ini juga memaklumkan yang dia malu untuk membawa Perodua Myvi tersebut kerana rakan-rakannya semua memandu BMW dan Volkswagen. Jadi, dia takut keretanya akan jadi bahan ketawa rakan-rakannya sahaja. Malu la kawan lain ambik gambar stereng BMW dengan pegang air Starbucks. Dia pulak stereng Perodua Myvi je.

Lagi kelakar, dia turut berkata yang dia kini dalam dilemma akibat mempunyai bapa seperti itu. Baginya, ayahnya harus menjaganya dengan baik sebab apabila ayahnya sudah tua kelak, dia juga akan menjaga bapanya dengan baik.
P/S: Berani dia memperkotak-katikkan kereta King rakyat Malaysia si Perodua Myvi? Tahu tak kereta Myvi ni menyelam air pun boleh. Honda Civic mampu lawan tak?
