Alfa Romeo Sambut Ulangtahun Ke-111
Alfa Romeo diasaskan pada 24 June 1910 di Milan, Italy oleh Anonima Lombarda Fabbrica Automobili (ALFA). Ketika itu, kereta pertama yang dihasilkan ialah 1910 24 HP yang direka oleh Giuseppe Merosi.
Sekitar tahun 1915, syarikat ini berada di bawah seorang usahawan bernama Nicola Romeo yang turut menukar kilang untuk menghasilkan alatan ketenteraan dalam peperangan. Tidak lama kemudian, pada tahun 1920, nama syarikat ditukar menjadi Alfa Romeo dan kereta pertama yang dihasilkan ialah Torpedo 20-30 HP.
Kini, siapa sangka yang syarikat ini telah pun menyambut ulangtahun ke-111 tahun di Arese Museum. Malah, untuk memeriahkan lagi sambutan, muzium itu turut menggunakan tema berwarna merah untuk menyambut pemilik dan peminat setia kepada Alfa Romeo. Selain itu, sambutan turut dimeriahkan lagi dengan kumpulan Giulia GTA dan GTAm pertama di mana hanya sebanyak 500 unit sahaja diperuntukkan.
Manarik lagi, sambutan ulangtahun kali ini turut disertakan dengan perarakan kereta pemilik Alfa Romeo, selain segala jenis katalog, piala, mesin atau artifak berkaitan Alfa Romeo yang selalunya disimpan akan dibawa kepada umum sebagai tontonan khas.