Akibat Bangga Diri Mampu Beli 6 Kereta Mewah Di TV3, Lelaki Kantoi Curi Hanya 1 Sen!

Source: amazon.com

Berita yang pernah menggegarkan negara pada tahun 1990-an dulu. Seorang bekas pegawai bank muda dengan beraninya masuk program bual bicara TV3 dan bangga diri sebab mampu memiliki 6 bijik kereta mewah. Ni senarai kereta mewah yang dia miliki:

1. Lamborghini Countach (RM 1.3 juta)

Source: hemmings.com

2. Porsche 928 S4 (RM 600 ribu)

Source: bringatrailer.com

3. Mercedes Benz 300SL (RM 500 ribu)

Source: hagerty.com

4. Porsche Carrera (RM 350 ribu)

Source: cncexotics.com

5. Mercedes Benz 300E (RM 200 ribu)

Source: germancarsforsaleblog.com

6. BMW 329i (RM 68 ribu – kereta terpakai)

Source: en.wikipedia.org

Bayangkan jumlah kereta mewah yang dimiliki sudah pun mencecah lebih RM 3 juta! Pegawai bank dengan gaji RM 1,800 je tapi mampu beli kereta semewah ni. Kalau sekarang, beli Myvi pun rasa tak lepas. Macam mana dia mampu? Apa rahsia dia?

Jeng…jeng…jeng…rahsia dia tak lain tak bukan, jadi la penyangak negara. Loh, scammer rupanya. Tapi scammer level lelaki yang bernama Aman Shah ni boleh buat dokumentari, sebab dia hanya mencuri 1 sen dari setiap akaun pelanggan Hock Hua Bank (kini dah bergabung dengan Public Bank). Bijak si mamat ni, sampai Bank Negara pun tak boleh detect teknik yang dia gunakan. Sesuai dengan namanya, Aman. Menipu pun cara aman jugak sampai orang tak sedar.

Kalau scammer lain beli kereta tayang kat rumah kan? Tapi dia bijak, dia pamer kat pusat pameran kereta di Plaza Bukit Bintang. Ambik bila nak pakai je. Betul la pepatah Melayu cakap, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Bila pihak TV3 menjemput beliau untuk menceritakan kejayaan (konon sumber inspirasi la), dia setuju dan masuk slot Sekapur Sirih bertarikh 3 Jun 1990 di TV3.

Dalam slot bual bicara tu, dengan mendabik dadanya dia canang pasal kereta dia yang 6 bijik tu. Masa tu bekas pengurus bank tempat dia kerja dulu menonton program tu dan mula rasa syak. Macam mana la bekas pegawai bank muda dengan gaji RM 1,800 mampu beli kereta mewah. Bila check balik, rupanya Aman Shah telah songlap duit pelanggan sebanyak RM 4 juta, dengan hanya ambik satu sen dari setiap akaun!

Source: malaysiatodayz.blogspot.com

Bila disiasat, 2 kereta dia iaitu Lamborghini Countach dan Porsche Carrera diterbangkan ke Malaysia dengan flight khas dari London weh! Semua kereta dibeli secara cash, 3 tak didaftarkan, 2 atas nama sendiri dan 1 atas nama girlfriend dia. Kaya duit haram katakan. Semua duit habis untuk joli, termasuk lebih RM 3 juta untuk beli kereta je. Sampai duit ikat jamin RM 200,000 pun tak mampu bayar. Akhirnya, dia telah pun dipenjarakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan empat pertuduhan menipu dan pecah amanah. Agaknya dah keluar penjara ke dia sekarang ek?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *