Afghanistan Miliki Lithium Terbesar Dunia. Penting Untuk Kenderaan Elektrik

Sumber imej: news.in-24.com

Belum lagi reda isu Taliban yang menguasai Afghanistan, kini muncul pula laporan tentang hasil galian di negara itu, Lithium yang mampu mencecah lebih US$ 1 trilion. Malah, kini muncul dakwaan bahawa negara China sedang ‘memerhati’ lebih-lebih lagi selepas seluruh pasukan AS keluar dari Afghanistan. Apa yang hebat sangat tentang Lithium ni?

Sumber imej: forbes.com

Dahulu, nilai Lithium tidak begitu berharga jika dibandingkan dengan zaman sekarang, yang mana hampir kesemua alatan elektronik termasuk telefon pintar, komputer riba dan juga kenderaan elektronik (EV) menggunakan bateri lithium-ion. Dengan peningkatan serta perubahan terhadap permintaan kenderaan, serta banyak negara mula mengambil pendekatan untuk menggunakan kenderaan elektrik (EV) pada masa akan datang, maka tidak hairanlah jika hasil galian yang terdapat di Afghanistan itu kini mendapat perhatian serta digilai oleh negara luar termasuk China, India, Pakistan serta AS.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa atau Energy Information Administration (EIA), sesebuah kenderaan elektronik memerlukan lithium sebanyak enam kali ganda lebih banyak berbanding kenderaan berenjin biasa, kerana EV menggunakan bateri yang memerlukan lithium, kobalt dan nikel.

Sumber imej: ft.com

Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi itulah menjadikan hasil galian itu sangat bernilai, dan mana-mana negara yang memilikinya dikatakan mampu menjadi kaya. Jadi, adakah Afghanistan yang mempunyai lithium terbesar di dunia (lebih besar daripada Bolivia) itu juga mampu menjadi kaya walaupun terdapat banyak pergolakan di sana? Kesian, negara kaya dengan hasil galian tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

Sumber imej: nytimes.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.