Adakah SUV Perodua D55L Sudah Menjengah Masuk Malaysia?

Sumber imej: wapcar.my

Teka-teki berkenaan kemunculan SUV dari Perodua dengan codename sebagai D55L sudah mula berlegar-legar sejak bulan Mei 2019 semasa Tokyo Motor Show. Dalam pameran tersebut, Daihatsu telah membuat pameran sebuah kereta subcompact SUV tidak bernama yang mana ia seakan memberi gambaran bahawa kereta itu bakal menjadi ‘basis’ utama kepada Perodua D55L.

Sumber imej: wapcar.my

Jika kita melihat kepada bentuk dan saiz luarannya, SUV keluaran Perodua ini mempunyai bentuk yang hampir sama kepada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize. Apa yang berbeza mungkin hanya sedikit kelainan pada bahagian depan. Selain itu, Perodua DL55 akan menjadi SUV subcompact dengan 5-tempat duduk dengan tiga silinder turbocharged 1.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 PS yang bakal menjadikan kereta ini sebagai kereta keluaran Perodua yang pertama dengan enjin turbocharged. Selain itu, penggunaan bahan api juga agak memuaskan iaitu serendah 5.4 liter/100 km.

Sumber imej: zigwheels.my

Sumber imej: zigwheels.my

Macam agak menarik. Tapi bagaimana pula dengan harga? Adakah ia mampu milik seperti kereta keluaran Perodua sebelum ini? Jika dilihat kepada harga kereta Perodua keluaran sebelumnya, Perodua Aruz dengan kapasiti 7-tempat duduk pun harganya lebih kurang RM 69,000 manakala Perodua Myvi (top-spec) pula berharga RM 53,000. Jadi, besar kemungkinan harga SUV Perodua ni bakal berada dalam lingkungan harga yang sama. Maka, sudah tentu ia akan jadi SUV mampu milik.

Tapi, itu cuma anggaran sahaja. Sebab Perodua masih belum merancang untuk melancarkan model terbaru dalam masa terdekat ni. Jadi, adakah ia bakal muncul di pasaran Malaysia pada tahun 2021? Tidak mustahil sebab baru-baru ni kelibat Perodua D55L yang masih penuh dengan pelekat samaran pun dah dikesan di JPJ Putrajaya.

Sumber imej: wapcar.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.