6 Sebab Kenapa MYVI Layak Dapat ‘Golden Buzzer’

Source: via says.com

Kenapa kereta Myvi sering buat ‘headlines’ dan juara ‘troll’ rakyat Malaysia. Automologis FATIN ada 6 sebab kenapa.

Kalau korang nak tahu, kita sering nampak kesalahan Myvi ni sebab mereka adalah majoriti. Sebab berlambak sangat Perodua Myvi dalam bumi Malaysia ni, maka korang akan cakap pemandu Myvi selalu buat masalah. Siapa sini pakai Myvi? Kita geng! Jangan main-main dengan Myvi tau, sebab Myvi mempunyai banyak ‘bakat’ tersembunyi yang jarang sekali ada pada kereta lain di Malaysia. Antara bakat tersebut ialah:

1. Di U.S Ada Humvee, Di Malaysia Ada Myvi

Source: worldofbuzz.com

Humvee merupakan military trucks. Tapi kalau Myvi pulak adalah sejenis kereta yang mempunyai military specs. Don’t mess with Myvi okay? Kalau anda perlahan sangat di lorong memotong kat highway, sila bagi laluan kalau Myvi kat belakang anda. Sebab silap-silap anda kena sondol dengan Myvi. Tu la, Myvi tu dari jauh dah bagi highbeam suruh anda bagi laluan. Ni la jadinya kalau buat derkkk aje dengan warning si Myvi.

2. Lorong Memotong = Lorong Khas Myvi

Source: reddit.com

Cuba anda perhatikan lorong memotong di highway utama di Malaysia. Majoriti adalah Myvi. Kelajuan Myvi ni lah yang membuatkan Myvi mendapat jolokan ‘Malaysia’s Supercar’. Jangan pandang rendah pada kemampuan Myvi tau. Kadang-kadang kereta supercar pun dia boleh potong rilex gitu aje. Kalau tak nak bagi kerjasama? No hal. Kita potong ikut kiri.

3. Buat Apa Guna Lori Muatan Kalau Anda Ada Myvi

Source: selongkar10.blogsppot.com
Source: hmetro.com

Kereta jenis yang sama, saiz yang sama. Tetapi muatan yang berbeza. Kenapa bayar lebih untuk lori muatan kalau ada Myvi? Dah macam iklan Trivago kan? Ha… Itulah kehebatan lain sang Myvi. Selain boleh memuatkan manusia, ia juga mempunyai kapasiti untuk membawa sofa panjang, 5 ekor kambing, seekor kerbau serta sebuah motosikal. Berminat nak tukar kereta Myvi kepada Hilux? Jangan risau, kita tukar logo kereta macam kat bawah ni.

Source: worldofbuzz.com

4. Kereta Api Myvi

Source: pandulaju.com

Bulan lepas viral di media sosial yang menunjukkan sebuah kereta Myvi putih berada di atas landasan kereta api di Pengkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU). Mengikut laporan, pemilik Myvi tersebut terlalu mabuk sehingga tidak dapat membezakan antara pengadang timbangan lori di pelabuhan dan pengadang plaza tol. Insiden ni pelik tapi benar. Entah macam mana Myvi boleh tersadai atas landasan.

5. Myvi Terbang

Source: carsofmalaysia.com
Source: selongkar.blogspot.com

Kalau tengok pada gambar di atas, kita akan tertanya macam mana kereta Myvi tu boleh terbang dengan posisi macam tu? Dah macam dalam filem P.Ramlee, Seniman Bujang Lapok. Masa scene ekzos buloh tu. Ingat tak? Tapi segalanya tidak mustahil untuk Myvi yang memerlukan pecutan yang sangat tinggi untuk terbang setinggi tu. Tak tercapai dek akalmu.

6. Ruang Sempit? Myvi Kan Ada.

Source: tawaurians.com
Source: tawaurians.com

Selain mampu bertukar menjadi kereta pikap atau Hilux, Myvi juga mempunyai bakat untuk mengecilkan dirinya mengikut saiz ruang yang sempit. Gambar pertama kat atas tu Myvi cuba menggunakan laluan motorsikal untuk cross jambatan. Gambar kedua pulak buat penulis fikir, macam mana dia boleh muat masuk pagar kecik tu? Even budak kecik baju merah tu pun garu kepala.

Kepada pemilik Myvi termasuk la saya, banggalah sekiranya anda mempunyai Myvi sebab kereta anda mempunyai bakat yang tak ada pada kereta lain. Kalau ada pertandingan Malaysia Got Talent, confirm boleh ‘Golden Buzzer’ ni.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *