5 Tips Balik Kampung Paling Mudah

Sumber imej: mysuperkids.net

Raya dah dekat. Adakah segala persiapan raya sudah selesai? Yang pasti semua orang sudah tak sabar untuk pulang beraya ke kampung halaman bersama yang tersayang. Majoriti antara kita akan pulang ke kampung dan perjalanan yang kebiasannya hanya beberapa jam sahaja mungkin akan menjadi lebih lama disebabkan oleh jalan raya yang lebih sesak pada musim perayaan.

Oleh itu, sangat penting untuk anda semua untuk peka dan lebih prihatin tentang aspek keselamatan kereta anda. Minta jauhkan kereta buat hal sepanjang tempoh perjalanan balik kampung tu. Bukan sahaja menyusahkan diri, malah jalan raya juga mungkin akan jadi lebih sesak disebabkan anda!

Sumber imej: youtube.com

Jadi, apa yang anda harus lakukan? Ikuti tips di bawah:

1. Periksa Keadaan Minyak Petrol Kereta.

Pada musim perayaan ni, biasanya memang stesen minyak akan selalu penuh. Jadi, malam sebelum bertolak, anda dah boleh isi penuh supaya perjalanan anda keesokan harinya akan lebih lancar. Selain itu, jika anda biasanya isi minyak RON95, apa kata anda guna sekali X-1R Octane Booster dan anda akan dapat ‘kuasa’ yang sama seperti RON98. Ya! RON petrol anda akan meningkat sehingga 3 nombor. Jadi, sekiranya anda menggunakan RON95 ia akan bertambah menjadi RON 98, dan jika anda menggunakan RON97 ia akan menjadi RON100. Wow! Mana nak beli dan dapatkan penjimatan yang lebih kaw? Layari https://www.x1rasia.com/personal-use/ dan anda boleh dapatkan X-1R Octane Booster Plus 3 (ada 4 botol) dengan hanya RM 59.80. Harga asal RM 92 tau jadi dah boleh jimat sehingga RM 32.20!

Sumber imej: x1rasia.com

2. Periksa Keadaan Tayar Kereta

Tayar memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek keselamatan kereta anda. Walaupun enjin kereta anda menggunakan enjin turbo atau enjin V8 sekalipun tapi kondisi tayar dah botak macam cermin tiada gunanya. Ikut indikasi berikut:

  • Tayar botak pada kiri atau kanan tayar adalah disebabkan oleh tekanan angin tidak mencukupi atau tidak sekata.
  • Jika tayar kereta anda botak pada bahagian tengah sahaja, itu bermaksud tekanan angin tayar adalah terlalu tinggi.
Sumber imej: facebook.com

3. Periksa Komponen Kereta

Apakah komponen kereta yang penting yang anda harus periksa? Antaranya ialah radiator, minyak hitam, brek dan juga aircon. Bateri juga jangan dilupakan. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan kereta moden yang kebanyakannya dilengkapi dengan sistem penggera, kotak gear, kotak computer enjin dan pelbagai sistem elektrikal badan yang sememangnya ‘makan’ bateri. Kalau tak reti nak periksa sendiri, bawa kereta anda ke bengkel. Lebih baik periksa awal-awal berbanding beraya tersadai di tepi jalan. Kan?

Sumber imej: onedios.com

4. Periksa Lampu

Nampak remeh tapi kalau perjalanan jauh dan terpaksa memandu sampai ke waktu malam memang sakit mata jika lampu tidak berfungsi dengan elok. Kena pula waktu malam, cuaca hujan dan lampu jalan pula malap, memang boleh membahayakan kita dan juga pengguna jalan raya lain yang mungkin tak nampak kita. Oleh itu, lakukan juga pemeriksaan pada lampu kereta, bukan sahaja pada lampu hadapan tapi termasuk sekali lampu brek dan juga lampu isyarat supaya semuanya berfungsi.

Sumber imej: eurocarparts.com

5. Kit Pertolongan Cemas (1st Aid Kit)

Rasanya macam ramai yang tidak sediakan First Aid Kit dalam kereta masing-masing. Mungkin kita rasa ianya tidak perlu namun malang tidak berbau bukan? Sebenarnya First Aid Kit ini sangat membantu kita dalam waktu kecemasan. Dengan harga di bawah RM 40, anda selalunya akan dapat kain pembalut, pita pelekat, japas, aspirin, antiseptic dan ubat-ubatan lain.

Sumber imej: verywellfamily.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.