5 Tahap Pemanduan Autonomous

Sumber imej: analyticinsight.net

 

Kalau nak tahu, sebenarnya kereta pandu sendiri atau autonomous ni mempunyai 5 jenis tahap yang berbeza yang diberikan oleh Society of Automotive Engineers (SAE International) pada tahun 2014. Setiap tahap tersebut digunakan untuk membezakan sejauh mana sesuatu kereta itu mampu bergerak sendiri tanpa manusia. Jadi, kereta anda berada pada tahap yang mana? Jeng…jeng…jeng…

TAHAP SIFAR AUTONOMI

Sumber imej: paultan.org

 

Tahap ni merupakan yang paling bawah yang biasanya merujuk kepada kereta tipikal atau kereta harian yang kita nampak di sepanjang jalan di Malaysia. Tahap sifar ni bermaksud yang semua operasi kereta dijalankan sepenuhnya oleh manusia dan sama sekali tidak mempunyai kawalan kendiri, dari steering sehingga braking. Maksudnya, memang manusia yang control 100 peratus.

TAHAP 1 AUTONOMI

Sumber imej: newcartestdrive.com

 

Bagi Tahap 1 Autonomi, kereta jenis ni mempunyai radar atau kamera di bahagian depan dan belakang. Biasanya, kereta jenis ni ada cruise control yang mengawal jarak antara anda dan kereta hadapan dan secara automatik akan brek dengan sendiri apabila trafik perlahan. Contoh kereta Tahap 1 Autonomi ialah seperti 2018 Toyota Corolla atau 2018 Nissan Sentra. Kereta macam ni sebenarnya amat bagus untuk orang jenis suka follow orang depan rapat-rapat. Kan?

TAHAP 2 AUTONOMI

Sumber imej: audi-mediacenter.com

 

Kereta seperti Tesla, Volvo dengan Pilot Assist atau Audi dengan Traffic Jam Assist adalah contoh terdekat kereta dengan Tahap 2 Autonomi. Kereta jenis ni boleh kawal kelajuan dan steering. Selain membantu menjaga jarak dengan kereta depan, ia juga mempunyai sistem ‘lane assist’ di mana ia akan memberikan warning pada pemandu sekiranya mereka termakan jalan. Kiranya kalau pemandu tiba-tiba microsleep dan termakan jalan, kereta bagi warning. Bagus kan?

TAHAP 3 AUTONOMI

Sumber imej: motorauthority.com

 

Bagi kereta Tahap 3 Autonomi, kereta jenis ni mampu memandu sendiri namun terhad kepada beberapa perkara. Antaranya terhad hanya pada kelajuan tertentu sahaja. Walaupun pemandu boleh lepas tangan, tapi pemandu masih perlu kawal kereta tersebut. Kiranya kalau pemandu tu nak tidur, kena parking tepi jugak la. Dipercayai Audi A8 yang dikeluarkan pada tahun 2019 menjadi kereta pertama yang memasarkan sistem pemanduan autonomi Tahap 3. Harga? Ada la lebih kurang RM 879,000.

TAHAP 4 AUTONOMI

Sumber imej: venturebeat.com

Bagi Tahap 4, memang lagi canggih dari yang sebelum. Sebab, kereta Tahap 4 ni dah boleh pandu sendiri tanpa perlu manusia pun di sebalik steering tu. Dikatakan pengeluar kereta Waymo sedang dalam proses menguji kenderaan Tahap 4 di semua jenis keadaan jalan. Sekiranya tiada halangan yang berisiko tinggi, kelak anda akan lihat banyak kereta Tahap 4 tanpa pemandu. Malah, syarikat Waymo juga cuba menggunakan sistem yang sama kepada kenderaan besar seperti truck ala-ala Optimus Prime dalam Transformers tu. Tapi teknologi macam ni rasanya kat Lebuhraya Karak dah lama wujud. Kan kereta Volkswagen kuning tu pun dikatakan bergerak tanpa pemandu. Seram!

TAHAP 5 AUTONOMI

Tahap 5 ni sebenarnya dah macam kereta dalam filem tersohor macam KITT dalam Knight Rider, Herbie dalam The Love Bug atau Bumblebee dalam Transformers dah. Yang mana kereta jenis ni tak perlu pemandu manusia langsung dah! Namun disebabkan Tahap 4 pun masih lagi dalam proses pandu-uji dengan beberapa undang-undang baharu perlu digubal, maka Tahap 5 mungkin akan ambil masa bertahun-tahun lagi untuk disiapkan sepenuhnya. Rasanya ada sejenis manusia je yang akan beli kereta macam ni. Manusia kaya tapi malas nak memandu tahap gaban. Sebab yang rakyat marhaen ni nak beli kereta Autonomi Tahap 3 pun mampu tengok je.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *