5 Stereotaip Tentang Pemandu Perempuan Yang Sering Dijadikan Sindiran


Biasa tak dengar ayat “Oh, patut la drive macam tu, driver perempuan rupanya”. Asal memandu perlahan atau kelihatan kurang mahir je mesti nak kaitkan dengan pemandu perempuan. Walhal bila potong kereta tu, bukan perempuan pun yang memandu. Kesemua pemandu wanita kena letak sticker macam ni di belakang kereta?


Jadi, apa jenis pandangan stereotaip yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita dan seringkali jadi bahan sindiran? Jom kita terjah.

1. Perempuan Tak Reti Pandu Kereta.


Kalau lelaki tak mahir buat ‘kerja’ perempuan, contohnya sidai baju, dodoi anak, memasak dan lain-lain, lelaki tu akan diangkat sebagai ‘Dad of the Year’ atau ‘Suami Mithali’. Jika apa yang mereka buat tak menjadi, pun masih dianggap ‘tak apa, sekurangnya lelaki itu mencuba’. How sweet.

TETAPI, jika perempuan pula yang buat ‘kerja’ lelaki dan tak berapa nak mahir, terus kena cop ‘wanita adalah kaum yang lemah’ serta dapat nasihat ‘lain kali biar lelaki je buat kerja tu’. Itu termasuklah bila perempuan memandu kereta. Salah sikit terus ada hashtag ‘#womendrivers’. Apooo…

2. Perempuan Tak Tahu Jaga Kereta Langsung


Banyak sungguh memes atau troll di internet yang menunjukkan perbezaan penjagaan kereta oleh kaum perempuan. Kononnya, seorang wanita itu hanya reti dalam menjaga kebersihan rumah dan biliknya sahaja, manakala keretanya pula kotor. Jika diikutkan, jika seseorang itu pembersih tidak kira lelaki atau perempuan, maka dia akan menjaga kebersihan sekelilingnya kan? Tak logik langsung rumah cantik tapi kereta busuk dan bersepah kemudian kaitkan dengan jantina seseorang tu. Next!

3. Perempuan Suka Pakai Makeup Semasa Memandu.

Ya, memang betul ada sesetengah perempuan yang kurang bijak memakai solekan semasa memandu. Tapi jangan pukul sama rata dan menuduh semua wanita itu tidak cekap dan tidak berhati-hati semasa memandu hanya kerana beberapa spesis ‘bimbo’. Lagipun, jika wanita adalah spesis yang mudah hilang fokus kerana makeup semasa memandu, kenapa kajian oleh MIROS menunjukkan lelaki terbabit nahas jalan raya tujuh kali lebih tinggi daripada wanita? Kesimpulannya, tabiat pemanduan itu yang penting dalam mengukur kecekapan seseorang dan bukan bergantung kepada jantina si pemandu. Ada faham?

4. Perempuan Tak Reti Parking Kereta.


Tahukah anda, satu kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti di Jerman membuktikan bahawa perempuan mengambil lebih lama masa untuk parking kereta berbanding lelaki (tak kira parking depan, parking reverse atau parking sisi). Mereka mendapati perempuan parking lebih perlahan berbanding lelaki untuk memastikan kereta itu berada dalam posisi yang betul. Hasil kajian juga turut melaporkan bahawa lelaki parking lebih cepat sebab mereka tak kisah posisi kereta betul atau senget. Asal boleh parking, settel masalah. Tak kisah la orang sebelah boleh masuk kereta ke tak. Ingat yea, cepat tak bermaksud cekap!

5. Perempuan Mampu Memandu Kereta Mewah Sebab Suami/Pasangan.


Yang ni masyarakat kita selalu buat andaian sendiri. Asal ada perempuan yang post di media sosial dia dapat kereta baru mesti ramai yang kata “Untungla sebab dapat suami kaya”. Eh, ingat semua perempuan bergantung duit pada suami sahaja ke? Berapa ramai kat luar sana yang sebenarnya bekerjaya dan mampu memiliki kereta tu semua hasil dari titik peluh diri sendiri. Lagi pun, kalau benar suami dia hadiahkan kereta tu untuknya tak salah pun. Yang salahnya ialah kalau perempuan tu minta suami orang lain yang hadiahkan!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.