5 Selebriti Yang Buat ‘Automotive Stunt’ Sendiri. Ada Yang Boleh Buat Aerobatik Helikopter

Sumber imej: military.com

Apabila kita menonton filem, lebih-lebih lagi filem aksi, sudah tentu ramai yang tak perasan yang dalam babak tertentu, para pelakon itu sebenarnya menggunakan ‘stunt double’. Banyak sebab kenapa mereka memilih untuk menggunakan ‘stunt double’. Antaranya sebab aksi dalam filem itu yang terlalu bahaya yang memerlukan orang terlatih sahaja yang mampu melakukannya. Namun, ada beberapa selebriti ternama yang melakukan hampir kesemua stunt tu sendiri tau. Siapa?

1. Tom Cruise

Sumber imej: moviedash.com

Sebut sahaja nama Tom Cruise, mesti kita terbayang watak Ethan Hunt dalam siri filem Mission: Impossible. Walaupun mempunyai rupa kacak bernilai jutaan dolar dan ‘net worth’ sehingga US$ 570 juta (RM 2.3 billion), hampir kesemua aksi kejar kereta, motosikal termasuk helikopter sebenarnya dilakukannya sendiri. Malah, dia akan belajar untuk membuat stunt itu daripada orang terlatih termasuk belajar selama setahun setengah untuk membuat aerobatik helikopter dalam filem Mission: Impossible – Fallout. Maksudnya, masa babak kejar helikopter bersama pelakon Henry Cavill tu dia bawa sendiri helikopter tu. Bila ditanya kenapa tidak menggunakan CGI, Cruise berkata CGI akan nampak macam kartun. Ini baru hebat.

2. Jason Statham

Sumber imej: autoevolution.com

Namanya melonjak naik sebagai Frank Martin dalam siri filem The Transporter. Namun ramai yang tidak tahu dia melakukan kesemua stunt di dalam filemnya selepas dia mendapat inspirasi daripada pelakon aksi lain seperti Jackie Chan. Katanya, dia malu sekiranya watak dalam filem macam ganas, tapi aksi lasak semua dilakukan oleh ‘double stunt’. Malah, semasa penggambaran filem Expandables 3, ada babak yang memerlukan dia untuk memandu truck, berhenti, keluar dan menembak. Namun malangnya semasa penggambaran, truck itu gagal berhenti dan terjunam 60 kaki ke dalam Laut Hitam. Nasib baik panjang umur dia ni.

3. Keanu Reeves

Sumber imej: themustangsource.com

Keanu Reeves yang namanya mula melonjak naik sejak tahun 1990-an merupakan seorang pelakon serba boleh, selain suka melakukan automotive stunt. Turut memiliki 15 motosikal peribadi dan sebuah bengkel untuk ‘custom motorcycle’ yang diberi nama Arch Motorcycles, dia sangat popular di kalangan peminat siri filem The Matrix dan John Wick. Malah, Reeves juga dikatakan melakukan aksi stunt sendiri di dalam filem Speed bersama pelakon wanita popular, Sandra Bullock. Dalam filem tersebut, kita melihat dia pernah melompat dari sebuah Jaguar ke arah sebuah bus yang sedang bergerak laju.

4. Daniel Craig

Sumber imej: pinterest.com

Filem James Bond sememangnya antara filem aksi paling terkenal sepanjang zaman. Walaupun watak James Bond selalu bertukar daripada satu pelakon kepada pelakon yang lain, Daniel Craig membuktikan dia merupakan antara pelakon terbaik yang melakonkan watak Agent 007. Malah, aksi stunt yang dilakukan sendiri sepanjang penggambaran filem itu pernah membuatkan dia kehilangan 2 batang gigi hadapan dan hujung jari, selain kecederan di bahagian siku. Turut meminati sukan kereta sport, hobinya itu banyak membantu dalam beberapa stunt yang dilakukan semasa penggambaran babak kejar mengejar di dalam filem-filem James Bond.

5. Jackie Chan

Sumber imej: reddit.com

Satu kesalahan besar kalau bila kita bercakap tentang stunt tanpa menyebut nama Jackie Chan. Antara pelakon antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia di atas keberaniannya melakukan stunt sendiri. Memandu kereta dengan laju dalam aksi kejar kereta, naik belon udara panas, panjat helikopter dan menggunakan roller skating di bawah badan lori yang bergerak laju, semuanya pernah dilakukan oleh pelakon ini. Tidak serik dengan kecederaan yang dialami semasa penggambaran, beliau turut mengasaskan Jackie Chan Stunt Team sekitar awal tahun 1980-an. Malah, persatuan itu turut hanya dianggotai oleh hanya stuntmen terbaik dunia.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *