5 Model Kereta Paling Digilai Pencuri Di Malaysia

pencuri kereta

Mengikut statistik kecurian kereta di Malaysia, secara puratanya sebanyak 60 buah kereta dicuri dalam masa 24 jam! Jadi, tidak mustahil bila Malaysia juga pernah berada di tangga ke-6 tertinggi dunia dalam kes curi kereta. Hah! Dah kunci kereta ke belum? Parking kereta tu pun jangan main letak je. Sebab mana tau, takut kereta anda ni antara yang ‘Top 5’ kereta paling digemari si penyangak. Jadi, kereta mana yang ‘Top 5’ tu? Jom kita terjah.

NOMBOR 1: PROTON WIRA

Proton Wira 2001 Review

 

Jeng…jeng…jeng…Masih kekal di tangga pertama untuk beberapa tahun berturut-tutut. Tidak lain tidak bukan ialah kereta Proton Wira! Separuh pertama tahun 2018 mencatatkan sebanyak 654 kes manakala separuh pertama 2019 pula sebanyak 127 kes. Antara punca utama kereta ni sering dicuri adalah disebabkan oleh permintaan tinggi untuk ‘spare part’. Cuba perhatikan gambar di bawah—berapa banyak duit penyangak boleh dapat dengan sebiji Wira. Ni orang panggil untung tanpa modal.

NOMBOR 2: PROTON ISWARA

File:'85 Proton Saga in Kuala Lumpur.jpg

Proton Iswara, iaitu adik kepada Proton Saga merupakan versi model ‘facelift’ Proton Saga yang dilancarkan sekitar tahun 1992. Ni dah dikira kereta yang boleh duduk dalam ‘Group Lejen’ iaitu kereta lama yang dah tak dijual lagi dah. Bila kilang dah ‘stop’ pembuatan ‘spare parts’ model ni, maka ‘market & demand’ kereta akan tinggi di pasaran gelap.

NOMBOR 3: PERODUA KANCIL

File:Perodua Kancil (first generation, third facelift) (front), Seri Kembangan.jpg

Si kecil cili api. Antara kereta paling banyak dijumpai di Malaysia dan sudah tentu, model kereta yang sering menipu kita di petak ‘parking’. Ngaku je la dah banyak kali korang kena kan. Ingat ada ‘parking’ sekali ada Kancil. Kenapa kerap dicuri? Sebab bilangannya yang bersepah di jalan raya sekaligus mendapat banyak permintaan di pasaran gelap serta mudah dijual berbanding model lain.

NOMBOR 4: TOYOTA HILUX

Toyota Hilux 2018 from Italy

Toyota Hilux merupakan kereta ‘import’ pertama yang tersenarai. Kebiasaannya punca utama kereta ni dicuri bukan untuk mendapatkan ‘spare parts’. Tapi untuk tujuan dieksport ke negara jiran iaitu Thailand. Kat sana perompak jual sebiji kereta dengan harga murah-murah. Selain ke negara jiran, Toyota Hilux juga sering diseludup ke kawasan-kawasan estate/bukit/ladang untuk tujuan pertanian atau angkut barang. Bila dah dalam kawasan pedalaman, mana orang nak jumpa kan.

 

NOMBOR 5: PERODUA MYVI

File:2013 Perodua Myvi SE 1.5 in Cyberjaya, Malaysia (01).jpg

Siapa tak kenal Myvi? Juara ‘troll’ kereta paling popular di Malaysia dan dikenali sebagai kereta serba boleh. Namun anda pasti terkejut kerana antara bahagian paling disukai perompak pada Perodua Myvi ialah tayarnya. Walaupun berada bersebelahan dengan kereta BMW dengan tayar dan rim lebih mahal, tayar Myvi juga menjadi dambaan dan pujaan hati pencuri. Tak dapat curi kereta, curi tayar pun jadi la. Teknik curi cukup mudah. Cuma letak beberapa batu bata di bawah perut Myvi dan angkut tayar bawak lari.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.