4,000 Porsche, Audi dan Bentley Terbakar Di Atas Kapal

Sumber imej: reuters.com

Mengikut laporan Reuters, sebuah kapal yang membawa 4,000 unit kenderaan jenama Porsche, Audi dan Bentley telah terbakar berdekatan kepulauan Azores. Kapal yang dalam perjalanan dari Jerman menuju ke Davisville di Amerika Syarikat itu juga membawa 22 anak kapal dan kesemua mereka telah berjaya diselamatkan.

Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kapten Joao Mendes Cabecas dari Pelabuhan Hortas, kesemua bateri ion-litium pada kereta elektrik di atas kapal tersebut terbakar dan memerlukan pakar untuk padamkan kebakaran tersebut. Namun begitu, beliau tidak pasti samada kebakaran itu adalah disebabkan oleh bateri tersebut.

Sumber imej: wingsdailynews.com

Kenapa kapal tersebut tidak ditunda sahaja ke Azores? Cabecas turut memaklumkan bahawa saiz kapal Felicity Ace yang dibina pada tahun 2005 itu terlalu besar dan dengan panjang kapal itu sehingga 200 meter, ia mungkin akan menambah lagi masalah lain iaitu berkemungkinan boleh menyekat sebarang aktiviti perdagangan di sepanjang pelabuhan tersebut.

Selain daripada kenderaan jenama Porsche, Audi dan Bentley, laporan akhbar dari Jerman turut mengatakan bahawa beberapa jenama kenderaan lain turut terlibat dalam kebakaran kapal itu termasuk Volkswagen dan juga Lamborghini. Cuma beberapa pihak pengeluar kenderaan yang terlibat tidak mengesahkan jumlah sebenar kenderaan mereka yang terlibat dalam kebakaran terbabit.

Entah berapa la kerugian yang terpaksa ditanggung kan?

Sumber imej: newsnpr.org
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.