4 Tips Hebat Jimatkan Minyak Bila Balik Beraya

Balik kampung, jalan jem. Minyak pulak nak habis. Apa nak buat?

Source: businessinsider.com

Baju raya dah beli. Kereta dah servis. Happy sungguh nak balik beraya di kampung sampai lupa setiap tahun mana pernah jalan tak jem! Dah la jem otak sebab tahun ni bukan giliran beraya di kampung halaman sendiri, jalan pulak jem level ‘standstill’ dan tiba-tiba lampu minyak duk berkelip macam lampu lip lap raya? Jangan risau. Kalau anda tahu cara yang betul, anda mungkin sempat sampai ke petrol station sebelum kehabisan minyak.

1. Kenali Lokasi Stesen Minyak Terdekat

Source: pcworld.com

Guna kecanggihan yang ada untuk cari stesen minyak yang terdekat dengan anda. Mungkin anda rasa ada stesen minyak kat depan, tapi apa salahnya open je Waze atau ‘navigation system’ kereta anda untuk tengok lokasi stesen minyak terdekat. Mana tau ada stesen minyak di area kampung depan. Walaupun sedikit ‘off-route’, tapi itu lebih baik daripada kereta mati tersadai di musim perayaan.

2. Matikan Air-Cond & Radio

Source: germanformula.com

Tahukan anda, mematikan A/C boleh mengurangkan tekanan pada enjin dan menjimatkan minyak? It’s ok kalau berpanas kejap asal dapat jimatkan penggunaan minyak. Bila lepas isi minyak tu korang nak on A/C sampai full pun takde hal. Sama juga dengan radio. Off je dulu, sambil-sambil tu boleh nyanyi lagu Balik Kampung ramai-ramai dalam kereta. Yang mana duk cas handphone pun, tolong off jugak yea.

 

3. Turunkan Tingkap

Source: intersport.id

Aircond dah off, mesti la panas kan? Tapi jangan la dibuka tingkap tu seluas-luasnya. Cukup dengan hanya buka sedikit. Sebab kalau luas sangat tingkap tu, rintangan angin akan kuat dan menyebabkan kereta anda terpaksa guna ‘tenaga’ lebih. Ingat, lebih jimat tenaga, lebih jimat minyak.

4. Matikan Enjin Kereta Sekiranya Jem Tahap ‘Standstill’

Source: businessinsider.com

Ada yang cakap, jangan matikan kereta sebab bila nak start balik, banyak pakai minyak. Tanggapan tu salah! Yang betul ialah, sekiranya jem terlampau teruk, matikan enjin kereta anda. Sebab, kereta hanya makan minyak kalau anda start kereta semasa enjin sejuk. Ni kalau dah stuck dalam jem berjam-jam lamanya, tak sejuk pun enjin korang tu.

5. Guna X-1R Petrol Treatment Untuk Penjimatan Minyak


Bila nak balik kampung dengan jarak beratus kilometer, ditambah pula dengan jem teruk, apa kata kalau anda jimatkan penggunaan minyak kereta dengan X-1R Petrol Treatment? Ni bukan produk timbang kilo yea. Tapi produk ni memang dah terbukti keberkesanannya untuk mengurangkan kelembapan dalam tangki minyak, mengurangkan penggunaan tenaga dan menjimatkan penggunaan minyak. Kalau tak, takkan la National Aeronautics and Space Administration (NASA) pun iktiraf keberkesanannya kan. NASA tu apa? Ala, yang pergi ke angkasa lepas tu. Bukan calang-calang tau. Nak tau lebih lanjut boleh terus ke laman web X-1R. Ada promosi balik kampung tau! Boleh dapat X-1R Petrol Treatment secara PERCUMA!

Tips Extra:

Source: play.google.com

Pernah dengar app CARPUT? App ni bagus untuk semua pemandu, sebab aplikasi ni dicipta untuk memberikan perkhidmatan paling cepat untuk sebarang masalah kereta. Bukan setakat servis penghantaran petrol, tapi servis tayar spare, bateri kereta, towing pun ada. CARPUT yea, bukan carut. Pastikan ejaan tu betul. Tapi servis hanya available di Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru, Ipoh, Seremban dan Melaka sahaja.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *