3 Tahun Menabung Syiling Sampai Boleh Beli Toyota Rush Secara Tunai
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Itulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri, Asriadi Syamsuddin dan Ratna, apabila duit syiling yang disimpan dalam botol mineral sejak tahun 2018 mencecah sehingga hampir RM 80,000. Mereka yang bekerja sebagai peniaga di kaki lima Kota Makassar, Indonesia itu turut mengatakan bahawa wang syiling yang terkumpul itu sebenarnya daripada para pelanggan setiap hari.
Pada mulanya, pasangan itu tidak mempunyai wang untuk memiliki kenderaan sendiri. Namun mereka teruja selepas wang syiling terkumpul itu sebenarnya dianggarkan berjumlah 271 juta rupiah (RM 79,269). Lantas, mereka terus menuju ke pusat pengedar Toyota Hos Cokroaminoto, Makassar untuk membeli kereta idaman mereka, iaitu Toyota Rush, secara tunai.
Menurut Ariefyanto Arsjad, selaku ketua cawangan Toyota Cokroaminoto, dia terkejut kerana itu merupakan kali pertama mendapat pelanggan yang mahu membeli kenderaan secara tunai, dalam bentuk syiling. Malah, para pekerjanya juga terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mengira jumlah wang terkumpul yang ada dalam sembilan botol air mineral itu. Selain daripada wang syiling dalam botol mineral, pasangan itu turut membawa tiga kotak yang berisi wang Rp 2,000.
Ok, lepas ni nak menabung juga lah. Mana tahu boleh beli kereta baru secara tunai.