2021 Suzuki Katana Tiba Di Malaysia. Harga Bermula RM 77,989

Sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan pihak Suzuki Malaysia bakal melancarkan semula model motosikal terbaru Suzuki di bawah 250cc. Namun malangnya, sejak awal tahun lepas, ianya seakan sepi dan model yang kononnya bakal diperkenalkan seperti model skuter, moped, naked bike dan sport bike masih belum dilancarkan.

Namun, baru-baru ini, pihak Suzuki Malaysia telah membuat satu pengumuman di Facebook tentang ketibaan model motosikal berkuasa tinggi yang cukup popular sejak mula diperkenalkan pada tahun 1981, iaitu 2021 Suzuki Katana. Harga yang ditawarkan pula adalah bermula daripada RM 77,989. Pada peminat Suzuki di Malaysia, harap maaf kerana model ini sememangnya bukan mesra lesen B2 dan bukan dalam lingkungan harga mampu milik.

Sumber imej: totalmotorcycle.com

Bagi pasaran di Malaysia, hanya dua warna yang ditawarkan iaitu warna Metallic Mystic Solver (kelabu) dan juga Glass Sparkle Black (hitam). Warna merah tu macam menarik tapi sayangnya tiada di pasaran Malaysia. Turut dihadirkan dengan waranti selama 2 tahun atau 20,000 km.

Berat 2021 Suzuki Katana ialah sekitar 215 kg dan tangki minyaknya mampu menampung sehingga 12-liter minyak. Selain itu, motosikal ini juga mampu menghasilkan 147 hp pada 10,000 rpm dengan 108 Nm tork pada 9,500 rpm yang mana kuasanya sama seperti kuasa yang dihasilkan oleh superbike GSX-R1000K5 yang pernah dikeluarkan pada tahun 2007.

Sumber imej: motorcyclenews.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.