TULAR KANAK-KANAK 12 TAHUN PANDU KERETA DIDAKWA. TAPI KENAPA KALAU ARTIS BUAT TIADA TINDAKAN PUN?
Sebelum ini, tular satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusi 12 tahun memandu kereta jenis Perodua Viva bersama adiknya. Dalam video tersebut, seorang wanita telah menahan kenderaan yang dipandu kanak-kanak terbabit yang menurutnya memandu dengan agak laju ketika melalui bonggol di kawasan perumahan Taman Putra Impiana, Puchong.
Sumber imej: hmetro.com.my
Selepas kejadian tersebut tular, kanak-kanak terbabit selaku Orang Kena Saman (OKS) akan didakwa mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selain itu, bapa kepada OKS yang juga warga Pakistan dan pemegang kad Pemastautin Tetap (MyPR) pula akan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana mengabaikan dan bertindak secara cuai yang mungkin mendedahkan anaknya kepada kecederaan fizikal, dengan cara gagal mengawasi kanak-kanak itu sehingga memandu kenderaan.
Tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa ini memang boleh dipuji, kerana kita semua tahu dengan jelas bahawa di Malaysia, seseorang yang berusia kurang daripada 16 tahun tidak boleh memandu suatu kenderaan motor di atas jalan. Namun, ia sedikit sebanyak membuatkan penulis teringat pula dengan isu seorang pelakon kanak-kanak perempuan popular Malaysia yang tanpa rasa bersalah berkongsi keterujaannya memandu kenderaan milik ayahnya walaupun baru berusia 13 tahun pada ketika itu (2018).
Kenapa tiada berita langsung tentang pihak berkuasa mendakwa pelakon kanak-kanak itu bersama bapanya? Walaupun dia sendiri dengan bangganya berkongsi di media sosial tentang keterujaannya memandu kereta yang diajar bapanya. Atau kalau dengan alasan belajar memandu boleh pula walaupun belum cukup umur? Paling tak pun kena kritik dengan netizen macam biasa. Eh?
P/S: Apa perbezaan antara dua kes di atas? Mungkin ada yang boleh komen dan jelaskan?