X-1R Octane Booster Meningkatkan Keyakinan Saya Menunggang Motosikal Jarak Jauh

 

Peminat motosikal, Azman Sulaiman, telah mencuba produk sponsor kami, X-1R, dan inilah pengalamannya…

Saya memang seorang yang amat mementingkan prestasi kenderaan dan tahap kecekapan bahan api. Hari ini saya memulakan perjalanan dari RNR Sungai Buloh menggunakan Honda XADV baru dari bilik pameran. Dengan perjalanan sejauh 230 kilometer dari bandar Kuala Lumpur, saya memecut terus ke Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Baru.

Encik Azman Sulaiman, pemilik Honda XADV dan pengguna X-1R Octane Booster.

 

 

Buat pertama kalinya, saya memulakan pendakian bersama Honda XADV dari Empangan Sungai Selangor sehingga Bukit Fraser. Sepanjang perjalanan, saya akui saya dapat merasakan kehebatan enjin Honda 750. Tambahan pula, ia dibantu oleh Octane Booster daripada X-1R. Bayangkan, formulasi yang terkandung dalam botol kecil ini mampu menjana lebih kuasa dan ternyata dapat meningkatkan prestasi kuasa pecutan di sepanjang perjalanan.

Terima kasih X-1R Octane Booster. Kini saya mampu mengharungi perjalanan yang lebih jauh dan menjimatkan. Penjimatan berganda dan tenaga yang memukau. Apa lagi yang anda mahu untuk enjin kenderaan anda?

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *