Tips Terbaik Untuk Elak Jenayah Kecurian Kereta, Samun Atau Culik.

Source: giornale7.it

Kes jenayah yang melibatkan kecurian kereta, samun atau rompak pemandu, juga kes culik kanak-kanak di dalam kereta sememangnya bukanlah sesuatu perkara yang baru. Selain selalu peka kepada keadaan sekeliling, elok juga kalau pada masa yang sama kita kenal pasti modus operandi jenayah tersebut. Pemandu wanita khususnya sering menjadi mangsa penjenayah ini, mungkin kerana kurang alert dan sering dilabel easy target. Jom baca tips mudah ni untuk elakkan perkara tidak diingini berlaku.

1. Tinted Kereta Mengikut Standard Yang Diluluskan JPJ

Source: Careta.my

Mengikut kajian, 70 % penjenayah kecurian kereta, samun atau culik kanak-kanak melibatkan kereta yang ‘senang dilihat’. Cuba kita fikir secara logic atau ringkas. Kereta mana yang lagi senang nak nampak isi dalam? Sudah tentu kereta yang tidak ada tinted. Dah macam aquarium. Segala jenis mak nenek ada dalam tu orang kat luar boleh nampak. Nasihat untuk tinted kereta ni bukanlah sampai yang tahap gelap macam ambulans atau kereta jenazah tu. Tapi cukup dengan tinted yang dibenarkan pihak berkuasa. Sebab, rata-rata penjenayah yang ditangkap mengatakan mereka selalunya akan aim pada kereta yang senang dilihat isi dalam ‘at a glance’.

2. Tinggalkan Beg & Barang Berharga Di Dalam Bonet Kereta.

Source: mypolice.qld.gov.au

Penjenayah pernah bongkar rahsia yang mereka tidak akan membazirkan masa untuk membuka bonet kereta. Sebaliknya, bagi mereka memecahkan cermin untuk mengambil barang lagi cepat prosesnya daripada berusaha buka bonet. Dahla cermin senang dipecahkan, barang yang diambil pun mereka dah tau kandungan. Daripada mereka bersungguh nak buka bonet, alih-alih kosong. Jadi, kereta anda akan lebih selamat sebab ‘tak menarik’ perhatian penjenayah.

 

3. Kunci Kereta Setiap Masa

Source: yourmechanic.com

Tolong kunci kereta semasa anda memandu, semasa isi minyak, keluar beli pisang goreng, di traffic light dan lain-lain. Jangan percaya sangat dengan auto lock kereta anda. Sebab kadang-kadang tak berfungsi. Pernah terjadi kes percubaan untuk culik budak di traffic light. Bila tiba-tiba penumpang kereta sebelah keluar dan cuba buka pintu kereta seorang wanita dan anaknya yang berusia 2 tahun. Tapi nasib baik kereta lock. Kalau jenis yang sambil lewa, dengan pintu tak kunci, driver plak asyik main handphone. Macam mana?

4. Kenali Gerak Geri Penjenayah Yang Mencurigakan

Source: hmetro.com

Perhatikan sekeliling anda semasa berhenti di traffic light atau semasa jalan jem. Pastikan jarak antara kereta anda dan kereta depan itu cukup jauh. Sebab, sekiranya ada penjenayah bermotosikal yang nampak mencurigakan datang mengendap kereta anda, sekurang-kurangnya kereta anda masih ada ruang untuk bergerak ke depan. Cuma satu aje masalah kat Malaysia ni kalau ada jarak antara kereta kita dengan kereta depan. Mesti spesis potong Q datang mencelah. Dah la signal tak bagi, buat pulak muka toya. Haizzz…

5. Jangan Cepat Percaya Dengan Orang Asing.

Banyak kes yang direkodkan melibatkan penjenayah bergerak secara berkumpulan. 1 kumpulan berlakon sebagai orang awam, dan lagi 1 kumpulan buat aktiviti jenayah. Bak kata P.Ramlee, baik ada makna. Bila kita termakan dengan ‘keprihatinan’ mereka, masa tu la mereka akan ambik kesempatan. Sekiranya ada orang bagitau kereta tayar pancit ke, ada kucing melekat kat bonet ke, benda paling penting kita kena cari tempat orang awam dulu baru berhenti. Especially kalau tayar pancit, takkan masa memandu tu tak boleh rasa semacam je kan. Tolong jangan naif sangat.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *