Tahukah Anda? Fakta-fakta Menarik Tentang Kereta (No. 7 Paling Ramai Buat Tapi Tak Mengaku)

Ini fakta, bukan auta.

1. Asal usul perkataan ‘kereta’.

Perkataan ‘kereta’ berasal dari perkataan ‘carreta’ dalam Bahasa Portugis. Mungkin masuk dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu semasa penjajahan Portugis di Melaka dulu.

2. Kereta paling laku.

Kereta paling banyak yang terjual di dunia ialah Toyota Corolla. Sebuah kereta Toyota Corolla terjual setiap 40 saat! Tapi kalau kat Malaysia, sudah tentu Perodua Myvi. Patut la boleh nampak Myvi di mana-mana.

3. Lelaki VS Perempuan. Siapa lagi suka beli kereta?

60% pembeli kereta baru ialah perempuan yang mempengaruhi 80% jualan kereta baru. Cayalah ladies!

via GIPHY

These vehicles are haunted!

Cars, trains, planes and ships; spirits haunt them all!

 

4. Kereta kegemaran diktator paling femes.

Adolf Hitler sangat, sangat, suka kereta Mercedes. Sampaikan dia pernah menghantar surat & merayu kepada pengedar kereta Mercedes untuk membolehkan dia buat loan. Tapi kalau kita yang nak beli sekarang? Orang Mercedes akan jawab ‘Harap maaf, sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Harap maklum.’ Da.

Image source.

5. Jumlah kematian akibat kemalangan kereta.

Orang lelaki suka cakap ‘Alah, orang perempuan tak reti bawak kereta!’ Hello…tahu tak jumlah kematian akibat kemalangan kereta orang lelaki adalah dua kali ganda daripada perempuan tau! Agak-agak faham tak?

6. Tempoh ‘Honeymoon’.

Tempoh ‘honeymoon’ antara pembeli kereta baru dengan keretanya ialah selama 4 bulan. Macam mana nak tau tempoh ‘honeymoon’ dah berakhir? Bila dia mula bagi keizinan kat orang lain untuk bawak kereta baru dia tu.

 

7. Ketahui jantina kereta anda.

Kalau lelaki beli accessories untuk kereta, mereka akan beli hubcaps, rims, racing strips. Kalau perempuan? Beli anak patung letak kat dashboard, beli seat covers gambar kartun warna pink, kunci kereta ada keychain glitter atau yang berbulu macam kucing Parsi tu & jugak perfume. Automatik kereta tu terus nampak jantina dia dah. Samada gigirl atau boboy. Ha!

via GIPHY

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *