Tahukah Anda Boleh Membeli Barangan X-1R Secara Online?

Produk-produk sponsor kami, X-1R, telah terbukti keberkesanannya oleh pihak saintis, jurutera dan pakar permotoran. Tapi lebih penting lagi, produk-produk tersebut juga terbukti apabila digunakan oleh pengguna sendiri.

Produk-produk X-1R yang boleh digunakan oleh motosikal adalah:

Small Engine Treatment

Produk ini digunakan sebagai bahan tambahan kepada minyak pelincir enjin. Penggunaan X-1R Small Engine Treatment dapat memantapkan lagi tahap pelinciran enjin.

Engine Flush

Produk ini digunakan untuk membersihkan enjin daripada minyak pelincir yang lama pada ketika hendak menukar kepada minyak yang baharu. Ia memastikan bahawa minyak yang baharu tidak bercampur dengan minyak yang lama.

Fuel System Cleaner

Produk ini digunakan untuk membersihkan sistem bahanapi motosikal seperti tangka, pam, paip-paip petrol, serta penyuntik bahanapi atau jet karburetor.

Octane Booster

Produk ini digunakan untuk meninggikan lagi oktana petrol. Ia paling berguna apabila kita berjelajah ke negara jiran.

 

 

Produk-produk X-1R boleh didapati di bengkel-bengkel motosikal mahupun di kedai-kedai barangan peralatan (hardware shop) yang besar di dalam pusat membeli-belah.

Akan tetapi, kami faham bahawa anda mungkin kesuntukan masa atau tidak menjumpai produk mereka di kedai. Oleh yang demikian, X-1R mempunyai kedai di atas talian (online) untuk kemudahan anda.

Untuk membeli produk X-1R secara online, anda hanya perlu melawat laman web mereka di http://www.x1rasia.com dan ikuti arahan selanjutnya.

Selamat membeli-belah dan menggunakan produk X-1R.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *