Sepuluh Tip Penunggangan oleh Sepuluh Penunggang Profesional (Bahagian 2)

Kita sudah merangkumi lima tip daripada lima penunggang professional dalam Bahagian 1, dan kita sertakan lima lagi dalam Bahagian 2 ini.

Ingat, semua teknik tunggangan bermula daripada teknik-teknik yang asas.

 

6. “Dekatkan dada dengan tangki.” – Wes Cooley

 

Source: www.cyclenews.com

Jika dibandingkan rekabentuk motosikal perlumbaan pada dekad 70-an dengan motosikal jenis sport pada masa kini, mereka membuatkan penunggang duduk dalam keadaan yang menegak.

Oleh yang demikian, penunggang-penunggang masa itu mencari cara untuk meletakkan lebih berat badan pada tayar depan bagi menghasilkan pengendalian yang lebih baik.

Wes Cooley merupakan antara penunggang superbike yang terkenal di Amerika Syarikat. Beliau berkata dalam satu temuramah, “Suatu hari, ayah saya menegur bahawa saya perlu letakkan bahagian atas badan lebih dekat dengan tangki minyak. Apabila saya menjawab yang saya sudah berbuat demikian, ayah saya ikatkan seutas tali kasut dari kunci motosikal ke zip sut perlumbaan saya. Apabila saya kembali ke pit selepas sesi latihan, saya dapati yang zip itu telah tertarik ke bawah dan sut saya terbuka.”

 

7. “Brek di mana anda perlu, bukan di mana yang fikir harus.” – Freddie Spencer

 

Source: www.motorcyclenews.com

“Fast” Freddie Spencer merupakan pelumba yang menjadi idola kepada peminat-peminat GP di seluruh dunia.

Spencer mempunyai cara persiapan perlumbaan yang berlainan daripada pelumba lain. Tatkala pelumba lain membuat nota yang terperinci, Spencer bergantung kepada tindakbalas daripada motosikal beliau. Tunggangan sebegini rupa membolehkannya menyesuaikan diri dengan pantas kepada sebarang perubahan, seperti tayar yang makin haus serta keadaan litar di sepanjang perlumbaan.

Kaedah Spencer sebegini membuahkan hasil apabila dia menjadi juara GP 500cc pada tahun 1983 serta 1985 bersama kejuaraan GP 250cc. Beliau masih merupakan satu-satunya penunggang yang memenangi kejuaraan dua kelas pada tahun yang sama.

 

8. “Kemudi dengan tayar belakang.” – Scott Russell

 

Source: racingcafe.blogspot.com

Scott Russell merupakan juara Superbike Dunia, juara perlumbaan Daytona sebanyak lima kali dan pernah juga berlumba di dalam kelas 500cc di peringkat dunia.

Kejayaan beliau berhasil daripada kebolehannya menjaga prestasi tayar di sepanjang perlumbaan, serta kehebatannya mengemudi apabila tayar mula haus.

Beliau akan menggunakan sudut condongan yang berlainan apabila tayar mula haus. Dia juga menggunakan pendikit dan kuasa enjin untuk menggelongsorkan tayar belakang untuk mengambil selekoh.

Kaedah ini akan seperti tidak diperlukan lagi di zaman “traction control” tapi ia sebenarnya berguna kerana sistem-sistem kawalan cengkaman membolehkan kita menggelongsorkan tayar belakang.

 

9. “Run in tayar baru anda.” – John Kocinski

 

Source: www.greatprints.co.uk

Tayar yang masih baru atau sejuk harus diambil perhatian. John Kocinski merupakan juara GP 250cc di Amerika Syarikat sebelum berhijrah ke peringkat antarabangsa.

Beliau sering diperhatikan memulakan sesi “warm up” dengan tayar baru. (Pemanas tayar masih belum direka pada zaman ini.) Kocinski kemudiannya akan menunggang secara agresif di satu dua selekoh untuk memanaskan tayar tersebut.

 

10. “Jangan mulakan pecutan pada titik merah.” – Rickey Gadson

 

Source: www.cycledrag.com

Kita sering memecut daripada titik merah pada meter RPM dalam permainan video. Akan tetapi kaedah ini tidak bermanfaat di litar sebenar.

Sebaliknya, juara pecut Rickey Gadson mengesyorkan yang kita patut bermula daripada titik di mana enjin menghasilkan tork maksimum, bukan pada titik kuasa kuda maksimum.

Ini sebenarnya merupakan cara sistem pelancaran (launch control) elektronik berfungsi.

Kembalilah ke Bahagian 1 untuk 5 tip yang awal. 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *