‘Reality vs Expectations’ Jalan Raya Malaysia. Sampai Bila Pengguna Jalan Raya Menjadi Mangsa?

Source: tfln.co

Mungkin isu kali ni agak serius, tapi ini adalah realiti yang ramai pemandu tidak sedar. Memang betul isu melibatkan jalan raya tidak akan selesai, tapi sampai bila nak berterusan? Yang duduk area kampung, tak hadap jem, takde tol memang tak rasa. Yang duk bandar ni dah jemu. Kang kalau bising disuruh balik kampung jual kangkung pulak. Jom baca perkara-perkara yang mungkin anda perasan atau tidak.

1. Tol Mansuh & Turunkan Harga. Antara Mimpi Di Siang Hari.

HA! Isu ni dari tahun ke tahun duk main pi mai pi mai tang tu je la. Yang ni kata mansuh, yang ni kata sabar. Kalau ada konon untuk penyelenggaraan jalan raya. Kalau tak ada kata kesian pulak pekerja tol hilang pekerjaan. Belum lagi isu Touch N Go, SmartTAG & RFID. Dulu mansuhkan bayaran tunai untuk elak jem. Semua wajib pakai Touch N Go. Nak lagi laju pakai SmartTAG. Sekarang perkenal sistem RFID dan hentikan jualan SmartTAG. Result dia? Tu hah. Berbaris panjang kat lane Touch N Go. Ni belum masuk part lane tambah nilai yang ibarat hidup segan mati tak mahu. Daripada 10 lane tol, cuma satu yang lorong tambah nilai. Nak complain? Silakan.

Source: youtube: Zootopia

 

2. Papan Tanda Jalan Raya. Kejap Ada Kejap Tak Ada.

Source: google street view

Pernah confuse dengan papan tanda jalan raya? Jangan bimbang. Anda tidak keseorangan. Malah anda mempunyai ribuan sahabat dalam hal ni. Bayangkan jalan sibuk, signage kejap ada kejap hilang. Tup-tup, betul-betul dekat simpang tu baru menjelma balik signage tadi. Nasib baik sekarang zaman boleh guna Waze atau Google Maps untuk cari jalan. Tapi macam mana pulak dengan pakcik buta teknologi? Tu la, yang biasa kita tengok tersadai kat tengah lane sambil muka terpinga-pinga intai signage jalan. Kalau salah jalan, nak cari pusingan U dalam 10km belum tentu. Belum lagi masuk bab papan tanda terlindung dek dedaun daripada pepohon indah di tepi highway. Tolong la letak signage tu elok sikit. Baru la kurang sikit dosa pemandu menyumpah seranah pihak berkaitan.

3. Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Construction.

Source: thestar.com

Dulu pernah penulis berborak dengan pelancong yang datang Malaysia. Tanya dia, “What do you think about our country?” Tau dia jawab apa? “In the advertisement, I saw Malaysia Truly Asia. Yes, I saw all Asians are here. Then, apart of it I saw road constructions is everywhere!” Gulp. Jujur sangat komen abang ni. Tapi memang betul. Kalau dalam movie Adnan Sempit dia kata “Di mana ada kemahuan di situ ada highway”. Tapi yang betul adalah di mana ada jalan di situ ada construction! Lagi kesian, takde mention pun bila projek nak siap. Yang ada cuma signage kata ‘Sorry for any inconveniences’ dengan patung duk pegang bendera.

Source: indiamart.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *