Perkara Paling Mengejutkan Pernah Dijumpai Di Dalam Kereta. Mayat Manusia, Lembu Rentung Antara Yang Tersenarai

1. 4 DEKAD, 2 KERETA, 6 MAYAT

Source: cnn.com

Tanggal 20 November 1970, tiga remaja Oklahoma dilaporkan hilang bersama kereta Camaro baru milik salah seorang mangsa, Jimmy Williams. Pelbagai usaha untuk menemui mereka gagal. Namun selepas 43 tahun, segala persoalan terjawab apabila polis menemui mayat dan kereta mangsa di dasar sebuah tasik berdekatan lebuhraya U.S Route 66, antara lebuhraya paling famous di USA. Lebih mengejutkan, di tempat yang sama polis turut menemui sebuah lagi kereta Chevrolet yang juga mempunyai tiga mayat yang pernah dilaporkan hilang pada tahun sebelumnya, iaitu pada 1969. Kesemua mangsa dipercayai terbabas ke dalam tasik dan punca kematian adalah lemas. Maka kes kehilangan enam mangsa telah berjaya diselesaikan selepas lebih 40 tahun.

 

2. LEMBU HIDUP & LEMBU RENTUNG

Source: astroawani.com

Kalau betul nak mencuri lembu, pakai la 4×4 ke. Ni tidak, pakai kereta Wira. Bukan seekor lembu, tapi empat ekor lembu ditemui pada tahun 2014. Kereta Wira yang telah diubahsuai tersebut menggunakan highway Butterworth-Kulim apabila mereka telah menarik perhatian pengguna jalanraya yang lain yang ternampak kelibat lembu di dalam kereta Wira. Penyangak tu cuba memecut, tapi gagal sebab kereta dah jahanam akibat terlebih berat muatan. Macam mana dia boleh sumbat empat ekor lembu sekali gus? Pelik bin ajaib.

Source: astroawani.com

Kes seterusnya berlaku di Malaysia jugak, di Terengganu. Kereta Nissan Cefiro yang membawa lembu curi itu dipercayai tebabas di Jalan Kuala Terengganu–Jerteh sebelum hangus terbakar bersama lembu curi tersebut. Hati kering sungguh pencuri lembu kat negara kita ni yea. Kesian lembu tu. Kena barbeque hidup-hidup dengan manusia kejam.

3. CARA KREATIF SELUDUP MANUSIA DENGAN KERETA?

Source: lolwot.com

Kalau kes-kes diatas agak serius, yang ni pulak buat penulis tergelak. Kreatif cara orang Mexico nak seludup manusia ke U.S.A. Kalau takde passport, jangan risau. Kita tukar manusia tu jadi ‘carseat hidup’. Entah apa yang difikirkan oleh penyeludup ni sampai sanggup tukar member jadi kerusi. Kalau penulis jadi polis pun pelik tengok kerusi macam ni.

Source: lolwot.com

Kes kedua ni memang lagi rare. Sebuah kereta Renault Clio telah dapat ‘bumper’ baru iaitu seorang lelaki Guinea yang cuba untuk menyeludup masuk ke Eropah. Malangnya aktiviti penyeludupan manusia itu gagal apabila pihak polis telah menggunakan teknologi ‘heartbeat censor’. Bayangkan kalau badan kena ikat dekat bumper untuk perjalanan jauh? Memang patut pihak polis bawa lelaki tu ke hospital kerana dia mempunyai kesukaran untuk bernafas dan beberapa bahagian badan mula kebas akibat terlalu lama dalam position tu.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *