Perangai Co-Driver. Tag Member Atau Pasangan Masing-Masing Yang Ada Perangai Macam Ni

Image source.

Untuk perjalanan jauh, memang bagus kalau ada teman atau co-driver. Boleh buat teman borak, boleh tukar driver jika penat atau boleh jimatkan kos perjalanan. Co-driver ni boleh jadi ahli keluarga, teman rapat atau pasangan masing-masing. Kalau ada member yang perangai macam kat bawah ni, boleh la tag supaya mereka tau adakah mereka jenis yang cool atau sebaliknya.

1. Co-Driver Macam JPJ

Pernah driving dan yang jadi co-driver tu macam orang JPJ? Bawak kereta jangan laju, bagi laluan kat orang lain, kat depan ada lubang, kucing melintas, kawasan hidupan liar, speed limit? Semua dia tahu. Lagi satu, nasib baik kereta biasa tak ada brek kat seat penumpang sebelah. Kalau tak memang dia yang tukang brek. Yang macam ni boleh buat kita rasa macam nak pakai kereta yang ada passenger ejector seat seperti movie Johnny English.

Source: Youtube

2. Jenis Kaki Tidur

Ada kawan atau pasangan yang jenis tak kisah macam mana kita drive. Asalkan dia rasa selesa dan boleh tidur dengan lena. Pernah tak kita tengah syok sembang, sekali dengar orang berdengkur. Masa ni kau tanya la apa soalan pun, dia hanya akan angguk tanda setuju. Sebab jasad je dalam kereta, roh dah masuk alam mimpi.

Source: Youtube

 

3. Deejay & Penyanyi Wannabe

Source: Youtube

Samada dia jenis yang suka bercakap tanpa henti, atau menyanyi tanpa henti, jenis ni memang cool untuk jadi co-driver. Asalkan topik dia best dan masa nyanyi tu suara best. Kalau dah suara sengau kelaut, memang berdarah telinga si driver before sampai destinasi. Paling tak boleh blah, jenis yang menyanyi sebab nak test suara. Semua lagu dari rap, rock, dangdut, Bollywood, semua dia sapu.

4. Kaki Selfie

Source: virascoop.com

Kalau bab selfie ni biasa perempuan la yang suka buat. Entah kenapa, orang memang suka ambik gambar, video, siap upload dia nyanyi, buat produk review, make up tutorial, shawl tutorial semua dia buat dalam kereta. Pasangan yang tengah driving kat sebelah tu muka berserah je dapat awek kaki selfie. Tu belum lagi kalau pakwe drive kereta lambang H, lambang 4 gelung, lambang kuda berdiri, lambang lembu jantan kaler gold. Confirm dia akan update “Kesian my B driving penat-penat”. Gambar stereng kereta make sure nampak okay?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *