Pengalaman Saya Menguji Sistem RFID Baru Untuk Pembayaran Tol di Malaysia

Lebuhraya Malaysia kini menuju ke arah sistem tol tanpa palang; sistem terbaru tersebut, iaitu RFID, sedang diuji. Inilah pengalaman Automologis kami, LING, menguji mod pembayaran baru itu.

Pada bulan Ogos yang lepas, saya mendapat tahu bahawa Touch n ‘Go (TnG), perkhidmatan e-pembayaran di serata Malaysia, menyeru agar orang ramai menyertai program perintis untuk sistem RFID (Radio Frequency Identification), sistem pengumpulan tol baru yang akan menggantikan SmartTag.

Saya dengan segera melayari laman web mereka untuk mendaftar, dan telah menerima e-mel dengan maklumat berikut:

Teknologi RFID adalah teknologi yang diterima secara global, dengan beberapa faedah berikut: 

  • Meningkatkan kecekapan sistem kutipan tol.
  • Membenarkan pengguna menjejaki, menambah nilai, dan memantau kredit mereka dengan mudah.
  • Trafik dijangka bertambah baik kerana kenderaan boleh bergerak dengan mudah melalui tol.

Matlamat akhir bagi kami adalah untuk mengintegrasikan proses pembayaran memandu dan tol kami untuk mencapai pengalaman lebuh raya yang lancar. 

Whoaa…hebat.

Pada 3 September, saya menerima e-mel yang memberitahu saya bahawa saya tidak berjaya untuk memasuki fasa pertama ujian tersebut. (“Terima kasih sekali lagi atas kesabaran dan sokongan anda, sementara kami berusaha untuk membawa pengalaman lebuhraya yang lancar kepada semua rakyat Malaysia.”)

Kemudian, pada minggu lepas, saya terima satu lagi e-mel yang mengatakan bahawa terdapat slot baru dan saya boleh mendaftar untuk mendapatkan pelekat RFID saya.

“… tetapi dengan kuasa yang besar, tanggungjawabnya lebih besar. Sebagai pengguna perintis, anda mungkin menghadapi cabaran atau kesulitan, tetapi kami ingin meminta kerjasama dan pemahaman anda semasa kami mencari penyelesaian. Kami juga menerokai kawasan yang baru, dan kami berharap untuk meneroka keupayaan teknologi ini bersama-sama dengan anda.

“Untuk membantu kami meningkatkan pengalaman keseluruhan teknologi, kami meminta agar anda berkongsi dengan kami maklumbalas berterusan anda – sama ada positif atau negatif. Maklumbalas anda adalah amat bernilai, dan setiap cadangan akan membantu kami bergerak satu langkah lebih dekat ke arah masyarakat aliran bebas berbilang lorong yang lancar.”

Pendek kata: “Sistem RFID akan bermasalah; janganlah marah; bagilah feedback secara baik; kami masih belajar menggunakan sistem ini!

Baiklah!

Pertama, saya perlu muat-turun aplikasi TnG eWallet, yang merupakan satunya cara untuk menambah kredit ke dalam akaun RFID. Kemudian, melalui laman web TnG, saya membuat temujanji untuk kereta saya dipasang dengan pelekat RFID.

Pada hari temujanji saya, saya telah pergi ke Pusat Khidmat Pelanggan NPE Pantai Dalam dan menyerahkan salinan kad pengenalan dan nota perlindungan insurans sebagai bukti pemilikan kereta (sebagai alternatif, saya juga boleh menyediakan salinan lesen memandu dan kad pemilikan kereta).

Berapa orang yang diperlukan untuk menampal sekeping pelekat yang mengandungi sebuah cip RFID? Jawapannya ialah DUA.

Sebelum melekatkannya, mereka mengujinya dengan senapang isyarat tangan:

Logam dan “tint” cermin akan mengganggu isyarat. Tetapi cermin kereta saya tidak dilindungi “tint”, jadi mereka meletakkannya di bahagian dalam windscreen saya. Satu lagi lokasi alternatif ialah lampu depan.

Dengan itu saja, cip RFID siap dipasang.

Saya meninggalkan pusat itu tidak lebih daripada 10 minit kemudian. Saya masih perlu menunggu akaun RFID saya diaktifkan, yang mengambil masa kira-kira sejam, apabila saya menerima teks pemberitahuan.

Sudah tiba masanya untuk mencuba RFID untuk kali pertama!

Saya mendekati tol pertama dengan keraguan. Bagaimana jika ia tidak berfungsi?


Tanpa sebarang bunyi—kerana ianya tidak seperti SmartTag atau panel TnG—palang tol naik dan saya meluncur melaluinya. Kebanyakan plaza tol tidak, pada masa ini, ada lorong RFID tersendiri, tetapi berkongsi dengan sama ada lorong SmartTag atau TnG:

 

Lorong RFID khusus:

Saya pasti akan menggunakan laluan ini lebih kerap mulai sekarang.

Tiga plaza tol kemudian, saya sampai ke rumah dan mendapati kredit eWallet sudah rendah. Saya menggunakan kad kredit until menambah nilai (cara lain termasuk perbankan atas talian atau pin tambah nilai). Saya juga menyedari betapa banyak wang yang saya belanjakan untuk tol dan memutuskan untuk lebih menggunakan pengangkutan awam…suatu hari nanti.

Pengalaman saya dalam tiga hari yang berikut sungguh lancar. Tidak ada masalah dengan pengesanan isyarat atau dengan menambah nilai eWallet. SmartTag saya tertinggal sahaja di glovebox dan saya tidak lagi perlu beratur untuk menambah nilai kad TnG saya.

Ramai yang bertanya bagaimana mereka juga boleh mendapatkan cip RFID mereka sendiri, tetapi pendaftaran untuk fasa perintis ditutup. Sorry!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *