Nahas Pesawat Malaysia Dalam 50 Tahun. Tragedi, Misteri, Kecuaian dan Rampasan Pengganas yang Meragut Nyawa

Nahas pesawat sering menjadi headlines di peringkat dunia kerana melibatkan jumlah mangsa dalam skala besar, daripada puluhan hingga ratusan mangsa maut akibat nahas. Sedang negara kita hangat dengan isu cadangan penutupan Malaysia Airlines, kita mungkin sudah lupa tentang isu kemalangan pesawat MH370 yang terjadi 5 tahun lepas. Namun, bagaimana pula dengan kes nahas yang membabitkan pesawat Malaysia yang lain? Jom kita ‘refresh momory’ kita dengan senarai nahas pesawat Malaysia dalam tempoh 50 tahun. Zaaaaassss…

1. “Double Six” 7 Jun 1976 – Sabah – Ketua Menteri Sabah dan 10 Yang Lain Maut

Source: sabahsarawakmerdeka.com

Jumlah kematian dalam tragedi nahas pesawat kecil GAF Nomad ialah 11 orang. Namun, apa yang menggemparkan tragedi yang dikenali sebagai “Double Six” 1976 ini ialah nahas ini telah meragut nyawa separuh kabinet kerajaan Sabah. Antara yang maut ialah Tun Muhammad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah bersama Menteri Kewangan, Datuk Salleh Sulong, Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Datuk Peter Mojuntin, Menteri Kerja Raya dan Komunikasi, Datuk Chong Thain Vun dan 7 orang mangsa yang lain. Sayangnya, pada zaman itu, pesawat kecik takde kotak hitam. Hasil siasatan pulak kata punca kejadian adalah sebab terlebih muatan, di mana had sebenar hanya 6 orang tetapi pada hari kejadian, ia telah dinaiki oleh 11 orang.

2. “Nahas Udara Tanjung Kupang MH653” 4 Disember 1977 – 100 Mayat Berkecai

Source: biskutmanis.com

Selang setahun selepas kejadian “Double Six”, negara kita dikejutkan dengan satu lagi pesawat yang meragut 100 nyawa: 93 penumpang dan 7 anak kapal. Punca kejadian adalah kes rampasan pesawat, kerana sebelum terhempas, kapten pesawat iaitu Kapten Ganjoor telah memaklumkan menara kawalan udara Subang tentang ‘perampas di atas kapal’. Terdapat beberapa orang kenamaan yang maut dalam kejadian ini, antaranya Menteri Pertanian, Datuk Ali Ahmad, Duta Cuba pertama Malaysia, Mario Garcia Inchausteghi, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad serta 2 pegawai Bank Dunia, O.D Hoerr dan S.A. Naime.

 

3. “Nahas Fokker 50 Tawau” 15 September 1995 – 34 Mangsa Maut

Tanggal 15 September 1995, sebuah pesawat kecik jenis MAS, Fokker 50 telah terhempas di Lapangan Terbang Tawau, Sabah yang meragut 34 nyawa dan mencederakan 9 orang mangsa di darat semasa melakukan pendaratan. Pesawat ini telah dilaporkan terbabas dari landasan sebelum merempuh kawasan perumahan berdekatan. Punca kejadian adalah daripada kecuaian pilot untuk mematuhi SOP penerbangan.

4. “Nahas MH370” 8 Mac 2014 – 239 Mangsa Lenyap

Source: Utusan Malaysia

Source: Astro Awani

Kejadian 5 tahun yang lalu yang masih kekal misteri sampai sekarang. At least kejadian lain-lain tu ada juga bangkai pesawat dan mayat mangsa yang ditemui. Tetapi bagaimana pula nasib MH 370 dan penumpang? Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku walaupun jumlah kos operasi pencarian telah mencecah lebih 650 juta yang melibatkan kerjasama lebih 25 buah negara. Misteri kejadian berdarah ini terlalu pelik sehingga menimbulkan pelbagai teori termasuk kospirasi illuminati, rampasan pengganas, pilot bunuh diri dan macam-macam lagi. Selain tu, siapa boleh lupa Raja Bomoh, tikar terbang dan buah kelapa? Hmm…

5. “Nahas MH17” 17 Julai 2014 – 295 Mangsa Dari 10 Buah Negara Maut

Source: soscili.my

Belum pun kes MH370 reda, satu lagi kejadian berdarah pesawat dilaporkan dalam tahun yang sama! Pada hari kejadian, pesawat MAS dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai telah ditembak jatuh di Ukraine. Lebih menyayat hati, kejadian yang berpunca dari perang saudara di timur Ukraine itu juga telah meragut 80 nyawa kanak-kanak di dalam pesawat terbabit. Sampai sekarang, tiada siapa dari pihak Ukraine atau Rusia yang mengaku bersalah. Yea la, kalau jatuh duit semua nak mengaku duit tu dia punya. Ni plak jatuh pesawat dan beratus orang mati, siapa nak mengaku salah kan?

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *