“Microsleep” ketika memandu…BERBAHAYA SEKALI

Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda memandu kenderaan dan tiba-tiba tertidur? Hanya sekejap sahaja? Dan lori yang masih jauh di hadapan tiba-tiba berada di depan anda. “MICROSLEEP” ialah keadaan dimana badan anda akan tertidur sebentar. Sebarang input dari mata dan telinga tidak lagi diproses oleh otak. Seperti komputer, otak anda telah “shut down”. Tempoh “microsleep” adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata anda masih terbuka.

Pada 50mph, “microsleep” selama 5 saat boleh menyebabkan kenderaan anda berjalan sejauh 100 meter tanpa dikawal orang – 100 meter boleh menentukan hidup atau mati. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan anda dipandu pada kelajuan yang lebih tinggi.

Ada sesetengah pemandu sering menyangkakan bahawa dia adalah kebal. Sesetengah pemandu berfikir bahawa memandu laju atau di jalan melengkung akan mengatasi rasa mengantuk, disebabkan oleh “kesan adrenalin” yang disangka boleh meningkatkan konsentrasi. Tetapi disebaliknya, ianya amat berbahaya. Tubuh anda akan menjadi lebih penat dan kemungkinan “microsleep” lebih tinggi.

Apa yang pemandu perlu lakukan? Hentikan kereta di kawasan rehat dan tidur sebentar. Tidak perlu lama. “Power nap” yang kurang daripada 20 minit amat berkesan, dan ulangilah setiap kali anda berasa mengantuk. Rehatlah setiap dua jam jika memandu jauh. Tetapi cara yang terbaik sekali untuk mengatasi “microsleep” adalah mendapatkan tidur yang secukupnya.

Sumber imej: Says.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *