Masalah Bekalan Mengakibatkan Gangguan Kepada Pengeluaran Perodua Myvi Baharu

Image credit – The Wheel Network (youtube)

Myvi baharu ialah model yang paling laris antara model oleh Perodua. Tetapi, pengeluaran Myvi diberhentikan buat sementara waktu berikutan gangguan bekalan daripada salah satu vendornya.

Ini mengakibatkan kira-kira 3,000 pelanggan tidak dapat mendaftarkan Perodua Myvi baharu mereka sebelum akhir bulan Ogos ini.

“Kami ingin memohon maaf kepada para pelanggan kami yang telah sabar menunggu kenderaan baru mereka. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu ini dan sedang mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan pengeluaran bermula semula secepat mungkin,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato Zahari Husin.

Sejak kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% dimansuhkah berkuatkuasa 1hb Jun 2018, permintaan terhadap kenderaan semakin meningkat.

Setakat ini, lebih daripada 68,000 Perodua Myvi telah diserahkan kepada pemiliknya, daripada 120,000 tempahan yang diterima sejak pelancarannya pada November 2017. Ianya produk terlaris Perodua dari segi jualan untuk sepanjang tahun setakat ini.

140,000 kenderaan telah dijual oleh Perodua antara Januari dan Julai tahun ini. Ini adalah peningkatan hampir 19% berbanding 118,600 yang dijual pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

No comments yet! You be the first to comment.