Lima Petua Penjagaan Helmet

Kita tidak boleh nafikan bahawa topi keledar (helmet) merupakan peralatan menunggang yang paling penting. Oleh yang demikian, ia wajar untuk kita menjaganya dengan sebaik mungkin. Helmet yang tidak dijaga bukan sahaja kurang cantik bila dipandang tetapi juga boleh memudaratkan keselamatan kita.

Helmet Hafizh Syahrin yang baharu – Ehsan MotoGP.com

 

1. Bawa dengan cara betul

Okford Helmet Bag – Ehsan www.mandp.co.uk

Pertama sekali, helmet haruslah dibawa dengan cara yang betul. Sebaik-baiknya ia perlu dibawa di dalam beg helmet yang disertakan ketika membeli helmet baharu. Jikalau anda tidak membawa beg tersebut, ikatkan tali keselamatan dan bawa seperti beg tangan.

2. Jangan disangkut

Jangan sangkutkan helmet – Ehsan ebay.com

Kita sering lihat helmet “disangkut” pada cermin pandang belakang. Cara ini akan merosakkan bentuk span di dalam helmet itu. Span yang telah rosak mungkin tidak dapat rapat dengan kepala, justeru itu mungkin tidak dapat melindungi kepala di ketika kemalangan.

3. Helmet, bukan bakul

Walaupun kita boleh membawa helmet seolah-olah sebiji bakul, ia tidak bermaksud yang kita boleh meletakkan barang-barang di dalamnya seperti bakul. Perbuatan membawa barang di dalam helmet akan merosakkan tali keselamatan.

Juga, kita seringkali letakkan sarung tangan di dalamnya. Ini juga tidak wajar dilakukan oleh kerana minyak dan bahan kotor yang melekat pada sarung tangan serta keringat boleh merosakkan span di dalam helmet.

 

4. Keringkan jika basah

Keringan span dalaman – Ehsan www.theridingobsession.com

Helmet yang basah akibat hujan harus dikeringkan sebelum dipakai semula. Air hujan bukannya 100% bersih, khususnya di kawasan bandar. Selain daripada itu, percikan air daripada jalanraya juga mengandungi pelbagai bahan kotoran dan kimia. Semua ini akan membuatkan helmet berbau hapak, serta menjadikan helmet tidak tahan lama.

Anda boleh keringkan span dalaman dengan mengeluarkan dan menyidainya di tempat yang teduh tapi agak panas. Gam akan rosak jika disidai di bawah matahari terik.

5. Simpan dengan cara betul

Rak simpan helmet – Ehsan pinterest.com

Helmet harus diletak atau disimpan dengan cara yang betul demi memanjangkan umur dan kecantikannya. Jika boleh, masukkanlah helmet anda ke dalam beg helmet dan letakkannya secara menegak (bahagian bulat di atas). Bentuk helmet akan bertukar jika sering diletakkan terbalik.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *