Lima Perkara yang Anda Tidak Tahu Mengenai Teknologi Hijau yang Terbaru

X-1R, sebuah syarikat di Daytona Beach, Florida, yang terkenal dengan pelincir “Teknologi Ruang Bertauliah” yang diluluskan oleh NASA, telah menyelesaikan kajian penyelidikan jangka masa panjang di Sysco Intermountain. Syarikat ini ialah pengedar perkhidmatan makanan yang terkemuka di Amerika Syarikat.

Tujuan utama projek ini adalah untuk menyelidik dan menguji “bahan api hijau” yang berasaskan polimer, yang dibangunkan dengan ketara untuk memperbaiki proses pembakaran untuk trak-trak diesel yang besar.

Sysco Intermountain telah mendapat faedah yang ketara dari segi pengurangan pelepasan emisi diesel yang merbahaya serta penjimatan wang melalui pembakaran bahan bakar yang lebih baik.

Selama 18 bulan, pasukan kejuruteraan X-1R yang diketuai oleh John Lorenzo, bersama pelajar Universiti Utah, Cik Gates Campbell, yang mengambil kursus dalam bidang kejuruteraan perlombongan, telah menjalankan ujian jangka panjang di Sysco Intermountain dengan lebih daripada 100 trak. Ujian ini juga diselia oleh Dr Mike Nelson, seorang profesor di University of Utah.

Teknologi yang diuji di Sysco Intermountain adalah unik dan dipatenkan berasaskan aditif diesel polimer yang dirumus khas untuk kajian jangka panjang, ujian dan penyelidikan.

Teknologi ini mempunyai faedah kepada alam sekitar yang amat besar serta berpotensi untuk menjimatkan kos bagi industri trak. Digunakan dalam enjin diesel, teknologi ini dapat membantu menyelamatkan bumi kita. Ia ialah produk yang pertama seumpamanya dan merupakan contoh penemuan yang sering didapati di dunia teknologi hijau.

Teknologi yang digunakan ke atas trak-trak Sysco hanyalah satu cara untuk meningkatkan kecekapan pembakaran enjin pembakaran dalaman. Berikut adalah lima perkara yang tidak mungkin anda ketahui mengenai aditif baru ini dan industri teknologi hijau:

1. Aditif bahan api ini meningkatkan kilometer segelen sebanyak 12%.

Menggunakan aditif ini meningkatkan kecekapan bahan api sebanyak 12% (berdasarkan MPG – miles per gallon) apabila digunakan oleh traktor dan treler di laluan sebenar. Sysco Intermountain mendapati pengurangan 2,076,477 paun atau 942 tan metrik dalam pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas emissions). Ini sama dengan pengurangan sebanyak 181 buah kereta dari jalan raya!

2. Penggunaan aditif ini mengurangkan tahap pelepasan NOx sebanyak 30%.

Di samping pengurangan gas rumah hijau daripada penggunaan bahan api yang kurang, aditif ini juga mengurangkan emisi bahan bakar. Pelepasan menunjukkan penurunan sebanyak 38% dalam NOx (Nitrogen Oxide). NOx dikaitkan dengan penbentukan kabus asap, yang merupakan masalah kualiti udara yang terkenal di Utah dan seluruh dunia.

3. Aditif menunjukkan penurunan yang ketara dalam kebersihan filter trak.

Penjanaan semula adalah proses membersihkan zat jelaga dari penapis ekzos trak, untuk mencegah tekanan belakang dalam sistem. Penjanaan yang lebih rendah membawa kepada kurang masa lori berjalan dan kurang pembaziran kerana penapis zarah diesel tidak perlu diganti dan / atau dibersihkan sekerap.

4. Produk ini diuji dalam suasana perjalanan sebenar.

Di Amerika Syarikat, kebanyakan produk hanya diuji dalam makmal yang terkawal dan hasil sebenar sangat berbeza berbanding dengan perjalanan sebenar di atas jalan raya. Ujian sebenar adalah sukar kerana terdapat lebih banyak faktor dan keadaan operasi lebih ketara. Penggunaan minyak dan pembersihan dipantau dan direkodkan oleh komputer didalam trak. Emisi dicatatkan oleh instrumen yang dipasang pada ekzos trak, dan sistem rakaman emisi terus dipantau oleh penyelidik di dalam trak tersebut.

5. Penyelidikan teknologi hijau yang realistik adalah sukar dan terhad, tetapi X-1R bekerjasama untuk melaksanakannya

Oleh kerana pelaburan dan sumber daya yang tinggi, sukar bagi kebanyakan syarikat untuk menjalankan penyelidikan sedemikian. Tetapi ini bukan satu isu untuk Sysco Intermountain dan X-1R, yang bekerjasama dengan Dr Nelson dan Cik Campbell dalam kajian ini, dimana kos penyelidiakan semestinya dalam anggaran AS$ 200,000 ke 1 juta. Mereka memahami betapa pentingnya menyokong penyelidikan ini dan merupakan rakan penting dalam kajian ini.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aditif dari X-1R, teknologi hijau dan produk-produk lain, sila layari laman web: http://www.x1rasia.com/

No comments yet! You be the first to comment.